MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Thursday, January 27, 2011

Cinta Itu Ibarat Kentut, Nak Dilepaskan Segan, Nak Di Tahan Merana Badan Beb!!!

Dulu masa kecik-kecik.. kalau bercinta pun best je.. main masak-masak.. main kawin-kawin.. main mak-mak.. Kalau main kawin-kawin siap ade pengantin & lengkap dengan pelamin... alangkah comelnya. 

Masa tadika kalau bercinta jenis percintaan yang sangat cute. Petang-petang mintak duit syiling kat mak buat beli aiskrim. Makan sama-sama... pastu main lari-lari kat taman permainan.. aduyyaii cute gila..

Masa sekolah rendah kalau bercinta mesti rehat sama-sama pastu masing-masing bawak bekal. Kadang-kadang bawak roti, nugget pastu mesti bawak air dalam botol yang kartun-kartun. Pas makan gi padang permainan main polis entry, main kejar-kejar kadang-kadang main sorok-sorok.. alahai romantik gile.. Kalau main kejar-kejar mesti tempat pertama nak pergi adalah toilet sebab tempat tu je yang pasangan lawan tak boleh nak masuk.. sape main kejar-kejar pastu lari dalam toilet mesti dia menang sebab tak de siapa dapat tangkap..

Naik sekolah menengah, kalau bercinta mesti pergi sekolah nak naik basikal sama-sama. Aku tolak basikal aku, kau tolak basikal kau. Sambil tolak basikal sambil berbual. Bila penat berenti beli air oren kat tepi jalan. Oh terasa dunia milik berdua.. aduyaii.. Pelik kan, basikal tu kan untuk di tunggang bukan untuk ditolak.. Pastu kat sekolah mesti sentiasa dapat hadiah sebab selalunya sekolah akan buat gift day. Masa tu lah semua kapel-kapel akan lawan siapa yang dapat gift paling banyak.. padahal orang tak tau sebenarnya hantar untuk diri sendiri :P. Bila kat sekolah tempat yang paling selamat untuk dating selalunya adalah kat perpustakaan. Tempat paling senyap dan memang tempat yang paling sesuai untuk berdating. Sampai sanggup tak masuk tuisyen kampung semata-mata nak jumpa yang tersayang..

P/S : Percintaan di zaman persekolahan ni orang cakap hanyalah cinta monyet je sebab selalunya cinta monyet tak akan kekal dan senang berubah. Namun tu semua hanya pendapat masing-masing. Ramai jugak yang sekarang dah bahagia berkahwin dengan cinta monyet mereka. Yang penting jangan leka bercinta sehingga boleh merosakkan diri sendiri ok!




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sukenye Aku Ngan Kau.. Agak-Agak Kau Suke Aku Tak?

Perempuan : Aku suka kau sebab kau comel
Lelaki : Kat rumah aku banyak anak patung, kau nak tengok tak

Perempuan : Aku suka kau sebab kau baik hati
Lelaki : Aku buat baik dengan kau je

Perempuan : Aku suka kau sebab kau sweet gila
Lelaki : Memang aku lelaki mulut sweet :P

Perempuan : Aku suka kau sebab kau lelaki metroseksual
Lelaki : Kau tak tau barang aku guna tu suma barang mak aku

Perempuan : Aku suka kau sebab kau caring & sangat faham aku
Lelaki : Sebab aku ada ramai skendel sebab tu aku sangat faham kau

Perempuan : Aku suka kau sebab kau ada kereta cantik
Lelaki : Duit kau nanti aku pow untuk cantik kan kereta ni

..................................................................................................................................

Lelaki : Aku suka kau sebab kau lemah lembut
Perempuan : Penat aku cover lemah lembut depan kau

Lelaki : Aku suka kau sebab kau selalu cantik 
Perempuan : Sebab sebelum jumpa kau aku gi touch up  guna mekap tester

Lelaki : Aku suka kau sebab kau wangi
Perempuan : Sebenarnya baju ni dah seminggu tak basuh, aku tepek perfume je

Lelaki : Aku suka kau sebab kau manja
Perempuan : Sebenarnya baru kau sorang cakap aku manja.. orang lain cakap aku hantu raya

Lelaki : Aku suka kau sebab kau betul-betul suka aku
Perempuan : Eh aku suka kau ke?

Lelaki : Aku suka kau sebab kau tak macam perempuan yang aku pernah kenal
Perempuan : Aku pun baru first time jumpa lelaki mata duitan macam kau



P/S : Terima pasangan kita seadanya dia ok!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, January 25, 2011

Kalau Kau Tak Suka Aku.. Aku Lagi Tak Suka Kau!!!

Selalunya...

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak hot
Perempuan : Memang aku tak hot tapi aku cool je

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak cantik
Perempuan : Kau ingat muka kau banyak lah hensem

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau gemuk
Perempuan : Yang penting aku sihat dan tak kurus kedengking macam kau.. nak tengok pun tak selera

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak kaya
Perempuan : Daripada kau, nak minum air segelas pun mintak perempuan belanja

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau tak suka mandi
Perempuan : Aku tak mandi pun ketiak aku tak bau masam macam kau.. boleh pengsan!

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau gedik.. menyampah der
Perempuan : Aku gedik pun susahkan kau ke

Lelaki : Aku tak suka kau sebab kau banyak susahkan aku
Perempuan : Yang kau tak susahkan aku tu kenapa :P

..................................................................................................................................

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau tersangat lah hensem
Lelaki : Sebab tu aku digelar kasanova

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau tak de harta
Lelaki : Kau ingat harta aku tu aku nak bagi kau ke

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau tak hensem
Lelaki : Cantik sangat lah muka kau

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau jambu sangat
Lelaki : Oh kerana itu aku adalah seorang gay

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau asik nak kikis aku je
Lelaki : Sape lagi nak tolong habiskan duit kau kalau bukan aku

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau selekeh
Lelaki : Sekurang-kurangnya itu adalah diri aku yang sebenar

Perempuan : Aku tak suka kau sebab kau kedekut taik idung masin
Lelaki : Oh macam mana kau tau taik idung aku masin :P

Akhirnya...

Jom kapel :P



P/S : Semua manusia itu tidak sempurna. Mesti ada kekurangan dalam diri masing-masing. Sebab itu tuhan jadikan manusia itu saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Jangan sesekali kita menghina orang lain sekiranya kita tidak sukakan dia kerana besar kemungkinan orang yang kita paling benci itu akan jadi orang yang paling dekat dengan kita. 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, January 24, 2011

Nape Nak Buat Sorang-Sorang?

Sunday Nite Fever..

Wah tengok tajuk entry ko memang tak boleh blah :P. Adakah otak kamu kuning & berwarna-warni? Sekiranya ya... maka kuning & berwarna-warni lah kamu. 

Sebenarnya kali ni aku nak cerita pasal aktiviti kitorang ber barbeque.. Ade ke orang ber barbeque sorang-sorang? Tentulah tak de kan.. tapi tak tau lah kalau bagi korang sume ade ngeh ngeh.. Kos yang digunakan pun tak banyak.. almaklumlah sharing is caring.. tempat pun just buat kat umah member.. so dari segi costing memang tak banyak.

Teringin jugak ajak geng wat barbeque kat Danga Bay, JB (yang kat tepi laut tu) .. tapi tak tau lah boleh ke tak wat kat situ.. Tapi rasa-rasanya sebelum ni macam pernah nampak orang buat.. Agak-agak kelakar tak?

Bahan makanan yang telah diperap.. 

Udang

Ayam

Daging

Otak-Otak Kempas

Rasa memang meletup.. resepi? rahsia oke huhuhu
(padahal aku pun tak tau buat coz member aku yang buat bahan-bahan rencahnye... resepi turun-temurun.. cayalah bro!)

Pencuci Mulut


Yang laki sebok masak yang pompuan sebuk plessing huhuhu

Sesi menyetting tempat 1

Sesi menyetting tempat 2

Sesi menyetting tempat 3

Elak aku kena terajang je ngan dorang coz menyebok kat situ grrr

Sesi memasak bermula 1

Sesi memasak bermula 2

Gadis-Gadis Litar.... bluweeekk.. nak ado :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, January 16, 2011

Akhirnye Aku Kena Bayar Jugak.... Adehhh

Pengumuman...

Bulan 2 ni roadtax aku dah  tamat tempoh, so dengan bangganye seperti tahun-tahun yang lepas, dah mula simpan duit untuk renew roadtax akhir bulan 2 nanti.. dan dengan bangganye lagi sekali aku teringat saman-saman aku yang aku tak pernah bayar tu... adess..

Masa mula-mula pakai kereta lebih kurang setahun camtu aku tak pernah ade saman walaupun saman yang ciput-ciput... rasa riak pun ade gak lebih-lebih lagi bila sume kawan-kawan cite pasal saman dorang hehehe... almaklumlah time tu aku kan pemandu berhemah wink wink.

Bila masuk tahun ke 2.. amik ko.. sehingga sekarang saman aku dah RM400 lebih.. walaupun aku masih lagi seorang pemandu yang sangat-sangat berhemah :P... cume dah kureng sikit lah kot hemah tu :P

Tetibe teringat kan seorang kawan yang kerja kat bahagian pembayaran saman trafik. Time ni lah aku nak kontek die :P. Konon-konon nak mintak kurang huhuhu (teruk tol aku nih wink*) Die cakap sehingga akhir bulan 2 ni setiap pembayaran saman akan dapat diskaun sebanyak 50%. Kalau dah masuk bulan 3 still saman tu tak settle.. nama akan di blacklistkan oleh JPJ.. mak aihh..

Aku dah cek saman aku adalah dalam RM460.. so lepas dapat diskaun tinggal RM268.. aduh.. melayang lagi duitnye.. pasni kenalah aku upgrade sikit hemah aku tu kat jalan raya huhuhu.. alamak boleh ke.. ngeh ngeh. Papepun peraturan tetap peraturan.. jom kita sume bayar saman ramai-ramai sebelum nama kena blacklist ok..


P/S : Kalau nak cek saman anda silalah TEKAN KAT SINI


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, January 15, 2011

Orang Kata Roh Orang Yang Bunuh Diri Ni Takkan Tenteram Selagi Hajat Tak Tercapai

Wah semalam eksited gile gi tengok movie terbaru arahan Syamsul Yusuf "KHURAFAT Perjanjian Syaitan" Aku memang tau cerita ni nak keluar.. tapi tak pernah tengok iklan atau making die. Just eksited sebab ni filem seram pertama arahan Syamsul Yusuf. Disebabkan sebelum-sebelum ni aku memang tau semua filem arahan die adalah filem aksi & banyak aksi mencemaskan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok cerita ni.


Perasaan? 
~ SANGAT SERAM OK!!!! (bukan penakut - cover line tak nak ngaku padahal ko lah yang paling kuat menjerit hahaha).. aku bagi a+++ buat pengarah / penerbit / dan juga pelakon-pelakonnya.

Yang aku suka? 
~ Sume part masa hantu keluar (Nak tercabut anak tekak menjerit)
~ Hantu dalam cite tu (Sangat menyeramkan.. dah macam hantu ju-onn pun ade gak)
~ Johan bawak mayat kat dalam hutan (Peh betul-betul real lah!! tabik spring toink-toink)
~ Anna (Masa die nak bunuh diri... aduyaiii...... tak tahan)
~ Aisyah (Masa kene kacau.. peh tak hingat..)
~ Keadaan dalam bilik mayat, dalam van mayat & masa van mayat terjunam dalam gaung (Pehhhhhhhhh!!!)
Pendek kata (pendek je yang kata.. panjang tak kata pape) .. sume aku sukelah... :P

Antara kata-kata orang yang sedang menonton time tue?
~ Astagrfirullah Al Azim..
~ Peh..real gile r cite nih..
~ Sape yang bela hantu nih.. anna ke? aisyah ke? makcik cleaner tu ke? mak johan ke?
~ Kompem aku tak leh tido malam nih..
~ Tak sanggup nak tengok lagikkkk

Antara aksi-aksi yang sempat aku sekodeng?
~ Tutup muke ngan baju sejuk
~ Tutup muke ngan tangan tapi mesti ade lubang skit (bak kata kawan aku.. akak jangan tutup muke sume... tangan tu bagi bukak sikit.. rugi kalau tak tengok...citt padahal aku tengok die dah tutup muka dulu)
~ Ajak boyfriend keluar wayang sebab tak sanggup nak tengok sampai abis.. hahaha

Aku n geng seramai 8 orang gi tengok movie ni semalam (14/1/2011 Jumaat jam 8.45 malam) Sit kitorang betul-betul depan n kat tengah-tengah (memang mengadap skrin). Segala muke hantu, sound effek n jeritan orang sekeliling betul2 menyeramkan... 

Kesan?
~ Salah seorang daripada geng aku nih (seorang lelaki) sanggup tak nak balik umah n sanggup gi lepak kat cc main game perang-perang sebab takut tido sorang-sorang malam itu... memang lawak hahaha
~ Salah seorang geng perempuan lak teringat-ingat sampaikan kat umah pun boleh meseg aku bile tengok iklan tu kat tv.. aduyaaiii...ngeh ngeh




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, January 12, 2011

Betul-Betul Kerja Gile!!!!

Ello ollss..

Untuk entry kali ni aku nak share pengalaman kitorang sume gi bercuti mandi-mandi kat pantai. Walaupun masing-masing tau cuaca sekarang ni memang tak elok.. sume pakat nekad je pegi.. huhuhuh.. memang dasar haruk :P

9/1/2011 hari Ahad aritu kitorang sume berangkat.. mula-mula plan kunun-kunun nak bertolak dari JB kul 6.30 pagi, last-last kul 9.30 pagi baru gerak huhuhuh. Betul-betul janji melayu wink wink**. Lebih kurang kul 11.30 pagi kitorang sampai ke destinasi 1.. TG LEMAN.. Wah memang eksited gile.. sampai je kat situ, orang langsung tak ramai.. almaklumlah merata-rata terpacak bendera merah (menandakan tak selamat untuk mandi) Tapi kitorang nekad je..

1st sekali setup2 barang, bentang tikar, kuakan sume harta karun yang ada dalam kete.. kuakan dapur gas & alat-alat untuk masak. Yang si brader-brader sume pakat gi terjun dalam air.. tinggallah pompuan yang berdua ni je jadi bibik kena masak.. citt!!. Sedang sibuk brader-brader mandi & sedang sibuk akak-akak nih tunjukkan kepakaran memasak (ceh padahal goreng nuget je huhuh) tetibe ujan turun... adehhh spoil...

Kemas barang, apalagi.. cabutt keluar.. baru bape minit gerak.. ujan benti.. adehh lagi sekali.. pusing balik kat tempat tadi tapi sume dah xde mud nak mandi.. pakat jadi monyet ramai-ramai sampaikan jadik tontonan budak-budak yang ade kat situ (memalukan betul!!!-padahal aku join sekali ngeh ngeh.. bangga beb rasa macam artis hahaha)

Sedang sibuk sume tonjolkan kepakaran panjat pokok.. aku kuakan idea best.. `geng jom gi air papan'... sume tengok muka aku... `la pehal lak dorang ni.. aku tau r aku cumel :P' Yess terasa bangga bila cadangan diterima.. rasa idung kembang kuncup hahaha.. baru je bape minit kua... sume senyap.. tetibe.. `nak gi air papan ni korang sume tau jalan ke?'.. adehh.. sume tak tau jalan... sume senyap seketika.. kete parking tepi.. brader drebar mula rasa berapi.. seram siot!!!! grrr

Destinasi 2 'dah jom gi PULAU SIBU kitorang ikutkan je cek drebar.. 'nak gi Pulau Sibu kena amik tiket.. tak tau tiket kul bape' adehhh again...

Destinasi 3 Dengan memancing seorang kawan yang tinggal kat Bandar Penawar, Kota Tinggi sampailah kitorang kat DESARU.. dari luar dah rasa best tu belum masuk dalam lagi... semua eksited gile.. sekali nak masuk dalam.. 'dik.. air laut tengah pasang.. bendera merah dah dinaikkan.. korang sume tak boleh mandi kat sini'...adehhh... tensi..

Destinasi 4 Dari Desaru kitorang sume bergerak ke BATU LAYAR.. kat sini tempat die memang cantik... air die sejuk gile (rasanya sebab kitorang sampai dah petang kot) angin pun sangat kuat... nak masak pun xboleh.. semua nye kebulur sampai petang huhuhuh.. last-last sebab lapo gile punye pasal kitorang masak jugak megi + telo walaupun guna api yang kecik gile sebab angin yang terlalu kuat.


Alhamdulilah trip kami kali ni berjalan dengan lancar.. walaupun angin tersangat kuat, hujan tak tentu masa, ombak yang besar & air yang sejuk.. kami semua selamat pergi dan selamat pulang.

Cuma ada berlaku sikit accident masa sebok nak alihkan kete.. masa tu kat batu layar, konon-konon nak cari parking yang ok sikit sebab cari port yang rata.. senang nak masak... alih-alih terlanggar kayu besar.. tak perasan kayu tu ade kat situ... nak wat camne.. redha saje huhuhuh...


P/S : Betul-betul kerja gile... sampai destinasi 1 kul 9.30 pagi... sampai umah kul 8.30 malam.. sempat tengok AJL walaupun mata ngantuk gile & badan tersangat penat. Sangat-sangat berbaloi tahan mata daripada tido coz my FAIZAL TAHIR menang persembahan terbaik... Congrats MR BB.. best gile persembahan die masuk dalam air.. tapi bukan air laut ok! ngeh ngeh..


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails