MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, May 31, 2010

Best Sangat Ke Mereka?

Selamat Malam Sayang... Tidurlah... Eh jangan tido dulu.. lepas sekodeng blog i baru kamoo semua boleh tido ye :P

Sejak akhir-akhir ni kemana-mana blog @ FB yang i sekodeng rata-rata ada sebut nama Justin Bieber.. terus-terang i cakap i tak kenal siapa itu Justin Bieber.. adakah i tergolong dalam orang-orang yang kolot sebab tak kenal dengan mamat ni? kompom tak kan... 

I berjalan-jalan sekodeng FB kawan-kawan then i ada nampak tagline seorang kawan i di FB.. 

Salah seorang RC ahli fanclub FT (Pinjam tagline Zainul Syafiq aka Zafieq sekejap ye :P)

Budak perempuan dulu : David Archuleta
Budak perempuan skang : Justin Bieber
pening den ni haa.

Disebabkan tagline die tu lah i macam berminat pulak nak cari siapa 2 orang yang i memang tak kenal tu :P

Budak perempuan dulu : David Archuleta




Budak perempuan skang : Justin Bieber




Humang ai tak nak macam histeria pulak kan fans dorang ni... gile kentang tol... tapi ape pun i tetap tak minat dorang huhuh.. jangan marah ye fans David Archuleta & Justin Bieber apepun i tak nafikan mereka tersangat cute.. mungkin tu sebab jadi kegilaan ramai... :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 30, 2010

Macamana Mereka Boleh Mati?

Kelmarin kawan i hantar sms.. Berikut antara mesej-mesej kami..

Kawan : Huaa.. Aku tengah bersedih ni

I : Ko ni dah kenapa

Kawan : Huhu... Kucing aku dah mati

I : Teruknya ko.. yang mana 1?

Kawan : 2 ekor sekali.. sekor kene pijak dengan jiran aku.. semalam mati.. tadi petang abang aku terpijak lagi sekor.. terus mati

I : Ish teruknya ko ni.. tu lah rumah serabut sangat sampai kucing pun tak perasan

Kawan : Bukanlah.. kucing aku gi umah jiran aku.. die tak perasan.. terpijak.. Abang aku  terpijak sebab kucing aku tido kat depan pintu

I : Yolah tu

Kawan : Huhu.. Aku tengah sedih ni.. Bodo la dia.. Besok ko keje? Lepak Jom

Tu je antara mesej-mesej kami.. ish ish dah arwah dah 2 ekor kucing yang comel-comel tu... kawan i dah kebumikan dah 2 ekor mayat kucing-kucing tu kat depan rumah dia... Sungguh sadis kan.. kematian mereka... 

Kalau nak tengok gambo 2 ekor kucing tu boleh klik kat SINI

Kesimpulannya janganlah kamu menjadi leka sehingga langsung tak perasan kucing-kucing kamoo yang comel tu ye kawan-kawan


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Maggi Saya Sudah Kembang




Inilah makanan yang paling senang untuk dimasak & sangat mudah untuk menyediakannya. Cuma perlukan air panas.. rendamkannya selama 3 minit.. tara.. dah siap.. sangat mudah kan terutama bagi orang-orang yang pemalas macam i.. ups apeda :P

Berharga cuma RM1.80 & sangat mudah untuk mendapatkan nya.. tapi kalau cari kat kedai beskal of course lah tak de huhuhu.. Kalau kat opis tu.. bila masuk je petang hari.. akan berbau lah bauan maggi.. semerbak gile... yang paling menjadi pilihan semestinya kari & tomyam... 

Nak sikit? Mana boleh... pergilah beli sendiri... murah je kan.. :P kalau nak amik bau takpe huhuh


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, May 27, 2010

Inilah Hasrat ku

Salam..

U all pernah dengar tak lagu ni... kepada yang seusia dengan i mungkin pernah dengar & kepada yang muda-muda belia meh sini i nak cerita sikit pasal lagu ni ~macam tua sangat je i ni kan :P

Sejak dua menjak ni banyak pulak entry i tentang lagu.. juga yang paling penting adalah tentang liriknya. Kalau sesebuah lagu tu hebat kalau liriknya hampeh mestilah lagu tu pun jadi hampeh jugak kan. Kali ni i nak cerita tentang lagu HASRAT nyanyian kumpulan PHYNE BALLERZ

I memang suka sangat-sangat dengan lagu ni dari dulu sampai lah dah tua cam gini hahaha. Lagu ni femes masa i sekolah menengah. Bila i dengar je lagu ni i terasa macam samting.. kalau betul-betul feel boleh nangis tau.. hahaha betul2 cengeng..

Sampai sekarang i masih menunggu.. seandainya ada orang yang boleh mainkan lagu ni khas untuk i sambil main gitar.. (semua ex-ex kapel i sume tak tau main gitar, kalau reti pun tak sudi nak mainkan gitar untuk i.. sedih kan) yang paling penting suara mesti power lah.. kalau tak power i tak hingin :P. Tapi kalau sedap sangat takut lak i sampai tangkap cintan je nanti huhuh.. (Bes jugak kalau FT mainkan untuk i ye..huhuh perasan tak sudah ~ngee)

Oh i memang suka seseorang yang bersuara kartun..eh salah :P yang bersuara merdu, pandai bermain gitar juga berwajah kacak.. macam FT... (kerana itulah lelaki idaman... bolehlah jadi bf saya hahaha...sengal!!!)



Kasihku,

Ingin ku menyatakan
Hasrat ikhlas di hati ini
Mungkinkah luahan dapat diabadi

Bagaimana harus nak ku buktikan
Tak terdaya nak ku melafazkan
Hanyalah satu keikhlasan diri

Kaulah permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta
Secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu dihatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ku bersyukur pada yang Esa
Kerana kesepian lama
Betapa sukarnya untuk memahami dirimu
Walaupun hatiku membara
Tiada apa dapat dilakukan
Sekiranya perasaan mu berduka

Kaulah permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta
Secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu dihatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ingin ku belai hatimu
Nak ku pegang jeramimu
Apa yang ku nyatakan
Hanya aku rindu

Kaulah permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta
Secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu dihatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbullah hasrat



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, May 25, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Masa first time dengar lagu ni rasa best jugak tapi i lebih suka dengan lagu Adira sebab bait-bait liriknya.  Lepas je AF habis.. kat ofis i sibuk cari semua lagu-lagu 5 finalis akhir sebab semua lagu-lagu mereka best-best belaka. 

Tiap masa sakan bukak lagu yang sama je hehe.. sampaikan i pun tergolong sama macam dorang jugak.. siap letak dalam handphone gitu kan ~ngee. Tapi hari ni I terpanggil untuk buat entry pasal tajuk lagu ni. Ni pun bila kawan sebelah meja i kat ofis yang beria-ria cerita pasal lirik lagu ni. Siap explain kat i lagi...huh.. layan kan je :P

Baru hari ni i sempat baca lirik lagu ni.. wah betul-betul menyentuh kalbu. Pada i lagu ni bukan hanya untuk pasangan bercinta je.. tapi juga untuk kawan, kenangan juga kehidupan. I memang sangat-sangat terasa bila baca bait kata-kata dari lirik lagu ni. Kemungkinan ada kena mengena dengan diri i jugak selepas banyak sangat peristiwa yang berlaku pada i sejak akhir-akhir ni. Apapun.. HADAPI DENGAN SENYUMAN ok :P


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Penuh Kepura-Puraan

Dunia..
Penuh dengan lakonan
Penuh dengan  drama
Penuh dengan kepura-puraan

Manusia..
Penuh dengan hipokrasi
Penuh dengan rasa benci
Penuh dengan  rasa iri hati

Aku..
Berada di tengah-tengah dunia juga manusia
Dihimpit dengan penuh rasa di jiwa
Bergelodak membara & membakar
Tetap bertahan & terus bertahan

Diri..
Dikhianati
Kelemahan diri dijadikan alasan
Lemah dijadikan punca

Hubungan..
Kegelapan membawa gelapnya
Kesuraman membawa suramnya
Tawar semakin kuat
Pedih semakin hebat

AKU BENCI DENGAN SEMUA DRAMA INI!!!!



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, May 24, 2010

GB

Hidup terasa kosong bila...






NAPE TAK BOLEH MASUK KAT GB... ARGHHHH TENSEN!!!!!




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 23, 2010

Ku Ada Kamu

First time dengar lagu ni dah rasa best sebab lagunya penuh dengan kata-kata semangat. Yang paling best bila tengok masa Adira menyanyi ada sorang budak tu menangis.. tersentuh hati pulak bila tengok dia sedih ~ngee



Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
Kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Lagenda Budak Setan

"Kalau ada sisa kasihmu.. kalau ada simpatimu.. terimalah Ayu, Syah. Ayu bersumpah kita tidak akan berpisah lagi kecuali maut menentukan! Biarlah diri ini menjadi abdi cintamu.. atau.. kematian menjadi pilihan"

Aroma cinta halus & berseni
Anggun membawa ceria di antara Kasyah & Ayu
Indah mempesona adunan kasih sayang
Teratai mula tersenyum

Andainya cinta ini layu karamlah bahtera kasih
Anai-anai meroboh istana sayang
Serindit menyanyi pilu
Hujan menangis sayu
Andainya cinta ini mekar
Hanyutkah Kasyah & Ayu ke syurga indah?



 Hilangnya Cintamu - Filianti Vlee (Ost Lagenda Budak Setan )

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan
Argh... tak sabarnya nak tunggu 3/6/2010.. sure i akan tengok cerita ni.. harap-harap cerita ni best sepertimana best & meletupnya novel hasil karya Ahadiat Akashah...



Novel ni kepunyaan kakak i.. masa dia beli ni tahun 1998.. memang dah lama sangat.. masa tu die baru tingkatan 5 sekarang dah umo 29 tahun.. walaupun cuma ada keluaran kedua tapi memang xdinafikan cerita ni memang best..tu yang tak sabar nak gi panggung...jom sama-sama serang k :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Setia Terhadap Tuannya

Cerita bermula :

Lizz : Aku ada video best nak bagi kau tengok

I : Video apa beb

Lizz : Ala jangan banyak soal la.. amik je then tengok k..

I : Emm OK.. (walaupun malas gile nak tengok :P)

Lepas seminggu :

Lizz : Zack ko dah tengok ke lom?

I : Lom lagik lah... tak de time

Lizz : Ala ko tengoklah.. cite bes ni... aku dah tengok 2 kali.. 2 kali jugak aku nangis tau

I : Emm yelah.. (Ati tisu jugak sedara aku ni ye huhuh - dalam hati :P)

Semalam baru i berkesempatan untuk tengok cerita ni.. serius beb memang sedih gile.. uwaa... then pagi ni celik je mata i ajak 1 family i tengok sekali.. dan buat kali keduanya i menangis lagik.. citt.. :P

Hachiko.. seekor anjing yang sangat-sangat setia dengan tuannya sehingga hayatnya yang terakhir. Hachiko merupakan kesayangan tuannya iaitu Dr. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo.

Hachiko seekor anjing putih lahir di Odate Jepun pada November 1923. Sewaktu berumur 2 bulan, ia dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Setiap kali Profesor Ueno pulang dari tempat kerja, Hachiko pasti akan menunggunya di stesen kereta api dan menemaninya sampai ke rumah

Pada 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena strok dan meninggal di universiti tempat dia mengajar. Namun begitu Hachiko tetap setia kembali ke stesen dan menunggu Profesor Ueno pulang dari tempat kerja setiap hari sehingga 9 tahun berlalu. Tiada siapa pun yang dapat menghalang Hachiko untuk tetap kembali menunggu tuannya. Penantian Hachiko berlaku sehingga akhir hayatnya iaitu pada bulan Mac 1934. Itulah pertama kali dan seterusnya Hachiko tiada lagi di stesen itu.

Kisah Hachiko ini adalah kisah benar. Walaupun Hachiko telah dijaga oleh keluarga Profesor Ueno namun Hachiko tetap kembali ke stesen Shibuya untuk menunggu kepulangan Profesor Ueno yang tidak pernah kembali. Isu ini heboh di kalangan masyarakat di Jepun ketika itu sehingga berita nya muncul di akhbar, majalah & berita. Setelah kematiannya, masyarakat & pemerintah Jepun membuat sebuah patung Hachiko & ditempatkan di kawasan luar Stesen Kereta Api Shibuya bagi mengenangkan kesetiannya yang tidak berbelah bagi terhadap tuannya itu.



.






BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, May 22, 2010

Setia Bersama Kamoo

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya & kepada mereka yang mempunyai keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan


Hati-hati dengan cinta kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut olah para pencinta palsu


Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tak seorang pun yang pandai menilai cinta kerana cinta itu bukanlah suatu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati & perasaan

CINTA ADALAH KEABADIAN & KENANGAN ADALAH HAL TERINDAH YANG PERNAH DIMILIKI

P/S : Thanks to Nor Riana binti Ahmad Nasir sebab beri i 2 gift yang sangat-sangat comel ini khas diimport dari Cameron Highland.. rindunya kat kamoo.. semoga bahagia dengan kerja baru & kekal selamanya buat suami tersayang..semoga cepat dapat baby ye sis :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, May 18, 2010

Erk.. Sojuk

Fenomena baru telah berlaku.. Malaysia telah digemparkan dengan fenomena ini. Adakah kamoo juga seperti mereka.. belum pernah / pernah / sedang / masih & kini telah benar-benar ketagih?.. hanya kamoo kamoo & juga kamoo yang tahu apa yang diri kamoo mahu kan

Sila lihat gambar-gambar di bawah ini.. adakah anda seperti mereka? Adakah cara untuk kamoo buang segala rasa ketagihan ini? Sila kongsikan pengalaman / nasihat & juga apa yang kamoo fikirkan kepada saya sebelum mereka-mereka ini menjadi lebih teruk..

Saya amat-amat memerlukan pandangan dari anda... Sekian terima kasih




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, May 17, 2010

Kau Pergi Jua

Cit tajuk memang xboleh blah :P

12/5/2010 membe 1 pejabat tetibe menjerit.. yuhuuuuu..

I ngan kawan-kawan yang tengah dok khusyuk wat keje tetibe berpaling mengadap kawan 1 jabatan.. erk.. tetibe ayat nak skema... macam ye je cite ni haha... ok jap i nak cerita cite yang sebenar......

Just nak kongsi member 1 department dapat keje gov.. wah sangat-sangat syok.. dalam department i dah ramai yang masuk keluar.. ramai yang masuk & ramai jugak yang keluar tak kirelah samada sambung stadi ataupun dapat keje lain.. i je yang masuk tapi tak keluar-keluar hehehe.. ish boleh kena saman ni.. syhh.. :P


To En Mohd Takzim 

Gud lak kat tempat keje baru.. nanti dapat gaji jangan lupe banje ~ngee

P/S : Rindu sangat nak buli dia haha ~grrr (takut jugak nanti die buli balik..almaklumlah bakal menjadi polis huhu)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, May 15, 2010

Attention Plizz!!!

Salam semua pembaca...

PERHATIAN...BERITA PENTING UNTUK ANDA

1) Projek sah di bawah KPDNHEP
2) Pakej baru diperkenalkan
3) Modal yang kecil
4) Tidak perlu jual barang

TARIKH : 16 MEI 2010 (AHAD)
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, LARKIN, JOHOR BAHRU
MASA : 2.00 PTG - 5.00 PTG (3 JAM SAHAJA)

~ INSENTIF MELANCONG KE LUAR NEGARA (PERCUMA!!!!)
~ UMRAH PERCUMA SETIAP TAHUN
~ KERETA IMPIAN PASTI
~ BONUS SETIAP BULAN DALAM AKAUN BANK ANDA

ANDA BERMINAT???? 

UNTUK KETERANGAN LANJUT : 

SILA EMELKAN KEPADA SAYA lee_zack85@yahoo.com 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, May 11, 2010

Super Power

No idea no entry :P

Saje je nak bitau... i minat Faizal Tahir.. walaupun tau yang dia tak kenal i :p..

K tu je.. daa all.. :P


Nak sambung tengok drama queen pulak..eh drama korea.. daaa..



Cit.. nak ada hahaha... kalau tak suke tengok silalah tutup mata k ngee


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, May 10, 2010

Down Sangat Ke?

Adeh.. hari ni i tak de mood... ello i tak de mood ok hari ni... Muka pun dah macam beruang kutub dah hehe (saja pilih beruang kutub sebab tersangat-sangat comel :P)

Disebabkan hari ni i tak de mood so i nak letak gambo-gambo masa i kua jenjalan semalam..Eh ada kene mengena ke huhu.. tak pelah abaikan je ye 




Adoyai makin tensen lak tengok gambo-gambo ni... mau tak nye... makin tembam r.. adeh.. makin hari makin tembam lak.. orang lain kalau emosi tak stabil makin kurang makan yang i pulak asik nak makan je kejenya..

Bila tensen nak makan, makin tensen makin-makin lah nak makan.. adeyai!!!



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, May 9, 2010

Mee Rebus? Grr..

Tetibe arini teringin nak makan mee goreng ( hehehe macam mengandung lah pulak kan :P )  i ni memang hantu mee goreng.. lebih-lebih lagi mee goreng basah. wah sungguh menusuk jantung die punye rasa hehehe..  tak kire lah jenis mee bodoh ke mee pandai ke hehehe (bak kata kawan i mee goreng die mee bodoh je.. ish bodoh-bodoh  pun yang penting ada rasa maa :P kak kina oii bila nak masakkan lieza mee goreng ~ngee) 

Pas gi jalan-jalan singgah kejap kat FESTIVE STREET MALL, DANGA BAY niat hati nak makan mee goreng dengan cincau bandung yang sedap kat situ. Tapi dengan perasaan sedihnya orang amik oder tu kata 

"bahan-bahan untuk goreng-goreng tak siap lagi lah dik.. dalam pukul 4 baru siap yang ada cume mee rebus dengan lauk campur je"

Oklah tak pe boleh jugaklah di maafkan sebab time tu baru pukul 2 pm. Tapi yang sedihnya bandung cincau pun takde... aduyai... 

"Takpelah bang, tukar menu lah bagi bandung soda dengan mee rebus"

Sampai je mee rebus tu i tengok muka kawan i...

"Ish nampak macam tak sedap je mee ni"

Kawan i boleh pulak sound i.. peh bingit tol

"Tak baik cakap macam tu.. cube rasa dulu sedap ke tak"

I senyap je... malas nak layan die..konon-konon majuklah kan :P tetibe die bisik kat i...

"Ish memang tak sedap pun (sambil senyum sumbing)"

 Itulah antara dialog kami hehe... saja je nak kongsikan dengan u all.. :P 

 Ni lah mee nya.. nampak macam sedap ke tak ye?

Peh nasib baik lah bandung soda  ni sodap.. penyelamat keadaan lah kononnya kan huhuhu

Erk.. toge nye kuantiti lebih banyak daripada mee.. tak suke toge... cannot telan lah

Hahaha.. tak sedap pun kawan i nye pinggan licin woo kecuali itu toge.. kasi buang ye abang :P



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Selamat Hari Mak :P

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia.. terutamanya buat Salimah binti  Haji Jamal iaitu mak i. Seseorang yang paling i sayang dalam dunia ini, dulu kini & selama-lamanya. Semalam berlaku sedikit krisis kecil antara i dengan mak.. oh no.. sedihnya rasa hati bila bertengkar dengan seseorang yang i panggil mak. 1 hari senyap je takde berbual.. serba-salah membelenggu jiwa i masa tu & juga mungkin terselit perasaan ego.. wahai ego pergilah kau jauh-jauh sesungguhnya kau adalah perosak manusia. Mak pun takde tegur i.. mungkin sedikit terasa hati dengan anak nya ni. Ampunkan anakmu ini wahai mak. 

Hari ini i dah lupakan kisah semalam..dan mak juga telah lupakan krisis kecil itu. I ambil hati mak dengan bawa dia jalan-jalan :P. I bawak mak pergi ke SUARASA anjuran TV9 yang buat kat angsana johor hari ni.. Yeay mak i tersenyum happy hehehe. terima kasih TV9 huhuhuh. Barulah lega sikit hati i hehehe :P

Wajah mak kesayanganku bersama Farah Deeba TV9

 Nak amik gambo jugak ~ngee :P


 Kek yang adik i beri pada emak.. oklah tu coz budak sekolah lagi... 
mak i makan dengan penuh rasa happy :P (i pun ngecek sikit huhuh)

UNTUKMU MAK
Emak, Kau yang paling aku sayang
Kerana kau yang mengendongkan aku selama 9 bulan, melahirkan aku dengan menanggung rasa sakit & menjaga aku dengan penuh rasa kasih & sayang
Kau sentiasa bersamaku ketika aku gembira, sedih, takut dan juga ketika aku ingin menangis
Kita bersama berkongsi cerita
Tanpa kau disisi ku aku terasa lemah, diriku terasa kosong, jiwaku terasa tiada erti
Tahukah kau bahawa kau amat bererti buatku..
Sayang kamu selalu emak.. SALIMAH BINTI HAJI JAMAL


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails