MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Wednesday, June 30, 2010

Yeay Akhirya Aku Dapat Jugak Cari Pengganti..

Setelah banyak tempat i teroka... meredah hutan belantara.. semak samun... ranjau & duri.. akhirnya i dapat jugak cari pengganti.. Walaupun mereka berdua hampir serupa tapi yang sebenarnya mereka tak sama...

Masing-masing ada keistimewaan masing-masing.. I harap hubungan kami akan berkekalan kerana dengan yang sebelum ni hubungan kami hanya mampu bertahan setahun lebih.. 

Pening kepala i nak cari pengganti.. i pergi Kota Tinggi tapi tak jumpa.. i pergi Rantau Panjang pun tak jumpa.. i pergi pasar malam pun tetap tak jumpa jugak.. merata-rata benua i pergi.. masih juga tak berjumpa.. last-last i dapat jugak yang berkenan di hati... kat Jusco je :P



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, June 26, 2010

Oit Ade Accident Lah!!!

9/6/2010

Masa ni i dengan rombongan sanak saudara, kaum kerabat & jugak jiran tetangga on the way ke Kelantan sempena majlis perkahwinan pakcik i (adik mak yang bongsu) 

Sedang kitorang semua syok-syok melayan perasaan.. cewah.. tetiba jalan jammed gile.. memang betul-betul panas hati almaklumlah masing-masing tengah penat.. perjalanan jauh dari JB - Kelantan (poodah macam jauh sangat je kan ~ngee)

Panjang jugak lah jammed tu... kenderaan beratur mengalahkan orang nak beli tiket konsert.. rupa-rupanya ada accident.... mak oii memang dasat betul accident tu. I pun sempat jugaklah snap gambo... (gambo tak berapa nak clear sebab amik dari dalam bas)




Sepanjang perjalanan kami ke Kelantan masa hari tu berlaku 3 accident.. semua nya boleh dikatakan teruk jugaklah.. kat Muadzam Shah, Kuala Terengganu dengan Jerangau..

Namun begitu.. kami serombongan selamat pergi & selamat pulang ke rumah masing-masing.. Alhamdulilah


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, June 25, 2010

Bestfwens Wedding

Salam Bahagia.. eh macam skema lah pulak kan :P 

Hari ni i kembali untuk mengupdate belog setelah sekian lama menghilangkan diri... hehe bukan menghilangkan diri tapi lebih kepada membusykan diri :P

My Bestfwens Wedding

Tak sangka akhirnya dalam click i dia yang dulu selamat mengakhirkan zaman bujangnya :P.. Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat Norshahima bte Mohd Shahi & pasangannya Mohd Salman bin Hishamudin Semoga Kekal Hingga ke Syurga & cepat-cepat buat baby ups.. dapat baby :P

Ni masa die tunang.. jambu gitu aww :P

Sebelum akad nikah... muka cuak gila...

Sah menjadi pasangan suami isteri





BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, June 17, 2010

Mata Oh Mata

Aduyai..

Selagi jam tak tunjuk pukul 2am selagi tu lah mata ni tak mengantuk..

Tolong.. tolong i nak tido...

Eh jam dah menunjukkan pukul 2.05 am.. mata i pun dah berat semacam dah ni

Nak tido dulu... moning all :P

P/S : Nak mimpi Faizal Tahir... bluwekk.. perasan tak sudah :P




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, June 16, 2010

Tu lah... ganas sangat kan dah krem..

13/6/2010

Buat pertama kalinya dalam hidup i main futsal... ish jangan gelak tau.. sungguh tak baik... at least i mengaku pe huhuhu.. ni semua bermula apabila kawan-kawan i anjurkan tournament secara liga. Masa mula-mula just nak datang untuk meriahkan suasana je.. memang takde niat langsung nak main.. setakat tengok boleh lah :P

Kalau tak silap i.. team wanita ade 8 team.. lelaki pulak ada 10 team.. memang meriah gila... sebelum game bermula dorang wat tarian poco-poco... disebabkan i datang lambat i tak dapat nak tunjukkan kehandalan i dalam berjoget.. wah gitu :P

Masa 1st game... i tak masuk.. konon-konon nak jadi pom-pom gurl... nak berjoget kalau dorang dapat gol (sebenarnya kalis sebab tak reti main hahaha) masa game yang 1st ni kalau tak silap i dapat 2-0

Lepas game yg 1st tu lah perasaan i memberontak nak main.. lantaklah walaupun tau akan memalukan diri sendiri sebab tak reti main... lagipun orang memang pack gila tapi wat bodo sudah huhuh... 

Masa game yang ke-2 i berpeluang main.. yess huhuhu.. tak sabar nak tunjukkan kehebatan dalam berfutsal ~ngee... time ni dapat 6-0.. wah terer gile kan :P

Tiba game yang ke-3 i main lagik... masih menunjukkan kehebatan i huhuh.. time ni lak kalau tak silap i dapat 1-0 ... ish memang betul-betul tere gila

Disebabkan ketereran i tu lah kaki i masih krem sampai ke hari ni... kejang sume otot-otot ni huhuh... 


Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua tim, yang masing-masing beranggotakan lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan, dengan memanipulasi bola dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap regu juga diizinkan memiliki pemain cadangan. Tidak seperti permainan sepak bola dalam ruangan lainnya, lapangan futsal dibatasi garis, bukan net atau papan.
Futsal turut juga dikenali dengan berbagai nama lain. Istilah "futsal" adalah istilah internasionalnya, berasal dari kata Spanyol atau Portugisfutbol dansala.


Maklumat lanjut : TENGOK SINI

P/S : Eh lupa lak nak bitau.. sume yang 0 tu... semua team i yang punya hahaha... tere kan :P Namun begitu tengah kemaruk nak main lagi.. ada sesiapa yang nak wat game tak.. ajaklah i ye :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, June 15, 2010

Uwaa... Selamat Tinggal Wahai Sayang

Hari ini i telah berpisah dengan nya.. hati i sungguh sedih & terasa pilu.. sebak terasa di dalam dada.. selama ini dialah tempat untuk i mengadu nasib kalau i lapar... haus... bayar tiket parking.. tiket wayang.. bila i nak karoke i selalu ambil duit kat dia.. sekarang dia dah takde... uwaa.. sedihnya... 

Selama setahun lebih kami bersama... kemana-mana bersama.. kini i telah ditinggalkan... ups... i yang dah tinggalkan dia sebab dia dah tak berguna & rosak.. I dah tak sanggup bersama dengannya lagi.. namun begitu.. kenangan bersama kamoo akan tetap ku ingat sampai bila-bila...

Dan tahukah sayang.. kini aku sedang mencari pengganti diri mu... oh beg duitku... semoga kau bersemadi dengan aman :P




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, June 13, 2010

Kembali Menggegar

Hye All..

Lamanya i bersembunyi.. i sebenarnya baru balik dari Kelantan... tu pun sebab ikut pakcik i punya wedding.. ish memang best lah tapi tak puas jalan-jalan... bagi i kat situ memang dunia shopping... banyak jugak nak cerita tapi kena take time jugaklah sebab gamba pun semua lum upload lagik... penat pun masih belum hilang... just nak inform yang i masih idop lagik huhuh ~ngee (ayat memang tak boleh blah)




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Saturday, June 5, 2010

Renoma Vs Scarlet


U all mesti tau kan Renoma & Scarlet tu adalah suatu brand yang femes di kalangan lelaki & perempuan. Renoma adalah untuk kaum Adam & Scarlet pula untuk kaum Hawa.


I tergelak sakan bila dapat tau kawan i.. seorang wanita memakai Renoma.. ups.. jangan salah anggap tau.. dia adalah seorang wanita tulen.. bukan wanita celup k :P

Masa berbual-bual dengan dia.. memang dia mengaku die suka pakai Renoma sebab best, ketat & tebal. Ketika wanita datang haid.. memang kebanyakan suka pakai underwear yang ketat bagi tujuan keselesaan. Itu sebab Renoma menjadi pilihan dia. 

Dan yang paling lucu ialah.. ada lelaki yang lebih suka pakai Scarlet.. aww... upss kemungkinan soalan yang terfikir di fikiran anda sekarang sama dengan apa yang i fikirkan huhuhu. Sama macam kawan i seorang wanita tulen yang suke memakai Renoma.. lelaki yang suka pakai Scarlet tu pun adalah seorang lelaki yang tulen, gagah juga perkasa tau.. haa jangan main-main...

Paling i tak boleh blah ialah bila kawan i cerita.. " kadang-kadang suami dia pakai sauk je spender bini dia sebab dia punya semua bini dia dah guna" .. huhuhu..hampeh tol cerita dia ni kan :P

U all mesti pernah nampak lelaki yang beli seluar dalam wanita ataupun wanita yang beli seluar dalam lelaki kan? kalau sebelum ni kemungkinan mereka belikan untuk isteri / suami / adik / kakak / abang.. sekarang u all boleh fikirkan kemungkinan mereka beli untuk diri mereka sendiri ~ngee

Hanya mereka-mereka yang dah pernah pakai dua-dua je yang tau mana 1 yang best.. upss jangan salah faham... i tak pernah pakai itu Renoma k :P




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Adess.. Banyaknye Saman Aku...

31/5/2010 tepat pukul 6.20 ptg..

I kena saman.. aduyai... tensennya.. ni semua gara-gara i cross kat laluan jalan sehala.. masa tu lepas ofis hour.. macam biasa tiap kali nak pegi jusco i akan lalu kat jalan tu.. lebih mudah & cepat.. bukan i je yang akan lalu kat situ tapi sesape yang tempat keje die berhampiran dengan ofis i pun akan lalu kat jalan tu jugak.. susah nak explain kat u all macam mana laluan nya.. ok tak pe.. tutup mata & bayangkan je ye :P

Sebelum tu macam biasa i akan pastikan takde kenderaan yang lalu kat situ.. tapi masa tu kawan i dah cakap kat i.. " eh macam ada polis je tu tengah saman motor " i dah kecik-kecikkan mata i dah tengok betul ke tak ade polis kat situ.. (walaupun pakai spek :P)

Bila i dah pasti polis tu tengah khusyuk saman orang.. i pun dengan selamber dek nye melintas.. konon-konon polis tu tak perasan (i perasan tere huhuh) betul-betul nak amik tiket paking tetibe..

"alamak... polis ni ikut kita lah" muka i dah gabra gile dah... tapi masih tetap teruskan perjalanan.. turun masuk ke kawasan parking dengan selambernye..

2 orang abang polis tetap follow i sambil idup-idupkan lampu kat motor die mintak i berhenti.. "adeh en polis ni aku tau lah nak benti" i membebel.. telinga kawan i yang jadi mangsa huhuhu

Kat kawasan parking tu kete i dah kene blok dengan motor 2 orang abang polis... i bukak tingkap.. "lesen & ic please" i bagi pastu abang polis tu mintak i keluar.. gi kat motor die..

I keluar  dengan muka tensen gile... i tengok kawan i duduk dalam kete sambil makan keropok... cit.. huhuh. Soalan yang ditanya oleh abang polis..

" Tau tak salah awak ape.." " Tau.."
" Keje kat mana?" "Dekat situ je.."

I ambil surat saman lepas tu terus i blah dari situ..

Esoknya i cek saman i melalui sms.. 

- Speeding RM300
- Traffic Obstruction RM30 

Aduyai... tak sangke banyak jugak saman aku ni... 

Cek Saman : 
Taip PDRM < ruang> NO IC hantar ke 37773
atau


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, June 4, 2010

Adik Beradik Mia Mati

1 JUN 2010 - 8.21 pm

"Nak dengar cerita haru? Bapak aku balik tadi.. Die cerita anak kucing yang kat kebun aku 3 ekor mati sebab termasuk dalam mesin rumput.. huhuhu.. aku tak terkata apa-apa.."

Adoyai.. Kesian nya kat Mia.. semua adik beradik die dah jadi arwah... Adik beradik Mia semua sekali ada 7 orang.. 2 kena pijak... 3 masuk dalam mesin rumput... 1 adalah Mia.. lagi 1 tak tau ape statusnya sekarang masih hidup ataupun tidak..

Sebelum i tunjuk sms status adik-beradik Mia... Lizz kawan sepejabat i iaitu Ibu angkat kepada Mia ada beritau yang Mia sejak akhir-akhir ni dah tak aktif macam dulu.. senyap je... seperti die terasa bakal kehilangan adik beradiknya yang lain.. Lagipun Lizz selalu cakap kat Mia yang 2 ekor adik beradik nya dah mati sebab kene pijak (macam tak logik je kan reason kematian dorang...) mungkin dia faham kot kata-kata Lizz tu.. nasib baik Mia masih ada Apple.. kawan sepermainan & kawan luahan segala masalah

GAMBAR KENANGAN MIA BERSAMA ADIK-BERADIKNYA SEBELUM MEREKA DIPISAHKAN.. DULU & KINI MENJADI SELAMA-LAMANYA




KALAU NAK TENGOK WAJAH MIA & APPLE KINI... SILA KLIK DI SINI

KALAU NAK TAU CERITA MACAM MANA 2 EKOR ADIK BERADIK MATI KERANA TERPIJAK.. SILA KLIK DI SINI


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, June 3, 2010

Aku Punya Kamu


Saat kau tersenyum 

Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang ku disini

Namun ku bicara hanya pada 
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisakah menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu 
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada 
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu 
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisa buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikku 
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu




Aku Punya Kamu - Faizal Tahir


Seronok betul bila kat dalam opis i ada jugak yang berminat nak bukak lagu Faizal Tahir... bila i rasa mengantuk.. terdengar je lagu-lagu FT berkumandang.. terus hilang mengantuk & semangat nak buat keje.. wah gitu :P

Tapi ada jugak yang sakit telinga bila i bukak lagu-lagu FT terutama kat telinga kawan satu jabatan i, Huda (saja je nak letak nama die kat sini bagi die glemer sikit hehe) bila i bukak je kompom-kompom si minah ni melenting tapi i buat donno je sebab i bukak untuk i dengar sorang huhuh :P

Dia selalu tanya kat i..

Akak ni kenapalah minat sangat dengan FT ni.. Huda dengar lagu-lagu die Huda sakit kepala tau.. (cis hampeh tol.. berani-berani je die kutuk BB aku ek)

Dengan bangganya i menjawab..

Lagu-lagu die semuanya best..semangat.. bukan lagu-lagu meleleh macam yang Huda minat tu.. wat cair taik telinga akak je dengar lagu-lagu Huda (yess.. baru puas hati aku!!! hahaha jahat gile kan i  :P)

Tu lah sikit-sikit sesi pergaduhan kecil kami hehe.. panjang sangat kalau nak tulis sesi perbetahan mulut ke mulut kitorang tapi ape pun kawan ngan Huda memang best sebab kepala die gila-gila walaupun suka dengar lagu meleleh huhuh..jangan marah ye lalink.. terasa best pulak kutuk kamoo kat sini..~ngee


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails