MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Tuesday, March 29, 2011

Tiada Tajuk...

Di dalam kehidupan penuh dengan emosi.. rasa sakit, pedih, gembira, duka, sebak, syahdu... Pelbagai rasa dalam diri, pelbagai warna dalam hidup. Hidup umpama roda.. adakala kau di puja.. diri di sayangi.. bila kau jatuh ke bawah.. kau di pandang hina.. tiada siapa yang ingin memuliakan kau seperti mana ketika waktu kau berada di puncak kemegahan.

Hidup hanya sekali... pandang ke hadapan... jadikan hadapan itu satu impian satu cita-cita... kejarlah hadapan itu dengan penuh rasa upaya... sesekali toleh juga ke belakang.. apa yang ada di belakang jadikan sebagai pedoman... jadikan sebagai pengajaran...

Jika inginkan warna ceria perlukan sedikit coletan warna suram. Jika inginkan keindahan perlukan sedikit kepahitan. Jika inginkan kesempurnaan perlukan sedikit cela. Saling berbagi itu penting.. Hiasi diri, sayangi jiwa..



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, March 28, 2011

Semoga Adam Cepat Sembuh

Siang tadi aku terima sms daripada makcik aku. Sms yang agak sedikit mengejutkan 

"Salam, Adam kat HSA tingkat 5 kanak-kanak. Jatuh motor dah 3 hari. TQ"

Dalam fikiran waktu tu, oh mungkin dia main-main kat motor lepas tu terjatuh kot. Adam seorang kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun & dia merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pintar & bijak berkata-kata. Petang tu aku dengan mak aku pergi ziarah Adam dekat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Terkejut sangat tengok keadaan dia. Teruk jugak keadaan dia. Menurut kakak sepupu aku (Mummy Adam), Adam ikut pakcik dia jalan-jalan naik motor lepas tu tak tau macam mana boleh accident. Pakcik dia alhamdulilah tak kena apa-apa, setakat luka ringan je. 

Semoga Adam cepat sembuh. Amin..




Sedih sangat bila tengok kat dalam wad kanak-kanak ni... ada yang masih baby dah kena tahan wad... ish tak sanggup rasanya... semoga mereka semua cepat sembuh & buat family semoga tabah menerima ujian yang diberi. Amin



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, March 27, 2011

Aduhai Wahai Selsema... Dah Berhari-Hari Kau Bersama Aku.. Tolonglah Jauhkan Diri Kau Dari Aku Sekarang......... Accchummmm

Aduyai.. terasa lemah tenaga batin.. eh bukan bukan :P diri terasa sangat-sangat lemah bila diri dilanda selsema. Adeh.. dah dekat seminggu kena selsema.. batuk.. sakit tekak. Ubat selsema dah makan, panadol soluble dah makan... tapi tak jugak ok-ok


Achummmmm....



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sape Mau Udang Segar... Cepat-Cepat Siapa Cepat Dia Dapat

Dekat opis aku sekarang ni tengah dilanda angin udang segar. Sana sini sibuk bercerita pasal udang. Udang itu, udang ini, udang di situ, udang di sini :P

Semuanya bermula apabila salah seorang opismate aku jadi supplier udang. Setengah kilo baru RM10. Murah kan? Gerenti & dijamin udang segar, segar dari ladang "_" Saiznya memang besar-besar gila. Memang gerenti puas hati. Setiap hari ada je opismate yang nak beli. RM10, RM20, RM30... (eh korang beli banyak-banyak tu bawaklah untuk aku sikit ngeh ngeh)


Ambik kau.. besar kan?


So kepada sesiapa yang berminat boleh lah deal ngan supplier ni ye :P (ermm.. iena aku dah tolong pomotkan udang ko ni... aku nak komisyen udang sebungkus heheheh)

(Image : By Google)
Mee Udang

Udang Goreng Tepung

Udang Bakar Madu

Satay Udang

Ish terliur aku tengok gambar udang-udang ni.. oklah kepada sesiapa yang nak masak udang silalah klik kat sini bermacam-macam resepi udang ada kat sini. 

See u next entry... daa



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Trenngg... Belog Kesayangan Dah Bertukar Rupa

Sebenarnya memang dah lama plan nak tukar templates untuk belog kesayangan aku ni. Jalan punya jalan, sekodeng punya sekodeng, tangan pulak tergatal wat ntah hape hape ntah dekat belog. Hilang template lama dengan isi perut dia.. memang sangat-sangat kecewa.

Last-last dengan berkat kesabaran.. cewaah :P Alhamdulilah terciptanya template baru ni. Tak tau lah cantik ke tidak.. almaklumlah aku ni bukannya pro sangat pun.. sekadar suka-suka je "_"

Jam pun dah pukul 1.45 am.. masa untuk tido.. nite :P



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, March 25, 2011

Eh Ada Seprise Ke? Thanks Dearest Dia :P

Ok berbalik kepada entry yang lepas, balik je daripada majlis wedding kat Parit Bunga, Muar.. My dearest Dia.. ececeh... :P ajak gi makan kat 1 tempat ni.. Seboleh-boleh dia ajak makan kat situ. Ekcelly dia pun sebenarnya tak pernah makan kat situ. Just lalu untuk pergi mancing ikan pastu just dengar cerita dari kawan-kawan yang masakan kat situ best.

Disebabkan dia yang nak belanja aku apa lagi... kecil tapak tangan satu Muar aku tadahkan huhuhu.. 

Ni lah tempat tu.. SUNGAI LURUS, SENGGARANG
Tempat dia biasa-biasa je, bukan restoren mewah... just kat tepi pantai & tempat makan dia kat atas air... tapi bukan dekat tengah-tengah.. just kat atas sikit je...
(eh apeda aku merepek.. kalau tak faham tu buat-buat faham jelah yek :P)

Pemandangan dari sebelah kiri

Tempat makan yang aku cakap tu ada tempat orang jual satay.. 



OMG ...kerang goreng ni lah menu yang paling special & paling-paling mantop hehehe... sedap hingga menjilat jari.. satu mangkuk RM4.. sedap sangat-sangat.. korang patut try oke!

Licin pinggan beb... gila lah heheheh :)

Erk.. konyang :P.. Tapi tak cukuplah.. nak lagi boleh tak heheheh

Muka kenyang tahap gaban nih :P
(Cuma frust sikit sebab tak dapat sit yang mengadap laut.. sebab orang tersangat ramai.. full house.. tapi takpe yang penting puas hati)

Alalala romantiknya... boleh tengok matahari terbenam 

Pulau... err... pulau ape ntah

Ni pintu masuk sebelum jumpa tempat makan tu.. korang nampak je kerang besar... ha tu lah tempat nye heheheh

SELAMAT MENJAMU KERANG GORENG...slurpp terliur eden :P



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, March 24, 2011

Lagi Sekali Pergi Majlis Wedding.. Kali Ni Kat Muar Pulak... Yieha :P

Ahad baru-baru ni, ala yang baru je beberapa hari lepas ni "_" .. aku pergi majlis wedding abang geng aku kat Parit Bunga, Muar ... Tak de banyak benda pun nak cerita.. just nak tunjuk gambr je hehehe... Silalah tengok kalau tak malu... eh... heheheheh... :P

Ni lah dia kalau jadi mem kat sebelah... orang kat sebelah sebok memfokuskan diri dengan pemanduan berhemah kau pulak sebok nak plessing :P 

Wif Makcik Dayah... ngeh ngeh

Alalala rajinnya geng aku nih... siap tolong rewang basuh pinggan-mangkuk lagi.. so kepada sesiapa yang perlukan khidmat pembasuh pinggan mangkuk untuk majlis kawin bolehlah hubungi aku dulu selaku PA mereka... hahahah

(sorry Cek Pit, Cek Har & Cik Za :P)


Leezack & The Geng.. Cayalah.. yang lain semua busy kat dapur heheheh


P/S : Lepas balik dari Parit Bunga, Muar... ada seseorang ajak jalan-jalan kat satu tempat... tak tau lah best ke tak tempatnya... tunggu next entry ya.. cekidaut :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, March 23, 2011

Masyuk Gile Sekali-Sekala Hapdated Belog Sambil Makan Kacang Pandai... Slurppp

Dulu masa kecik-kecik tiap kali atuk ngan nenek pegi Haji ke Umrah mesti dorang akan belikan kitorang adik beradik kacang pandai... masa mula-mula pelik jugak... erk.. kacang pandai? kalau makan boleh jadi pandai ke? sedap ke rasa die? kenapa macam pelik je kacang ni.. 

Last year ada ustaz kat opis aku ni pegi Umrah so aku kirimlah kat dia sekali.. aku cakap je kat dia nak kirim kacang pandai.. tak sangka dia pun tau kacang pandai tu bentuk macam mana (tu pun lepas aku beria-ria terangkan macam mana rupa bentuknya) upss dengan kirim doa sekali... doa apa tak boleh lah bagitau.. biarlah rahsia hahaha.. 

Tetiba tahun ni aku dapat tau mak salah sorang opismate aku nak pegi umrah.. so aku dengan kelajuan tahap maksima nya kirim kacang pandai kat dia.. Cuma yang kali ni punya harga die mahal sikit.. 1kg = RM45. Menurut mak kawan aku tu, harga dia berbeza mengikut tempat.. kalau tak silap mak dia beli kat Arab Saudi. Lepas tu yang ni masin sikit sebab garam dia memang nampak melekat-lekat dekat dia punya kulit.. tapi sedap beb... oh rindunya dekat arwah nenek... 

Ni lah rupa sebenar kacang pandai ni 
Dalam plastik belum makan.. kat luar plastik tu tinggal kulit je.. nyum nyum :P

Nama femes dia Kacang Pistachio :P

Ni lah lebih kurang rupa pokok dia (Sumber : Google)



Kalau nak tau manfaat kacang pandai dari segi kesihatan 


P/S : Nak sambung makan lagik... kruk kruk (sesi memecahkan kulit dia :P)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, March 21, 2011

Kaca Mata VS Kanta Lekap

Ish tak habis-habis lagi bermood kaca mata dan juga kanta lekap. Semua orang ada pendapat & pilihan masing-masing mana 1 jadi pilihan.

Kanta Lekap : 
~ Boleh menjadikan mata seseorang tu jadi cantik... (dari kerana mata... yang memberi kuasa... lalalala)
~ Murah (kalau yang biasa punya boleh dapat RM5 untuk 1, boleh tahan sebulan) 
~ Ada banyak pilihan (warna & jenis)
~  Boleh tukar-tukar pakai (7 hari pakai 7 kaler.. wah meriah gitu hehehe)

Kaca Mata :
~ Kalau salah pilih boleh jadi budak skema :P
~ Harga boleh tahan (mau nye beratus-ratus)
~ Kompom tak boleh tukar-tukar pakai (kalau yang dekat pasar malam yang takde power tu bolehlah kihkih)

Dua-dua oke... ikut kepada cita rasa masing-masing.. cuma lens ni kalau kita salah pakai memang banyak kesan pada mata kita. Antaranya akan berlaku jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea

Aku pun tak nak tulis banyak sebab aku ni bukanlah pakar mata. Kalau korang nak baca silalah tengok kat link ni oke..




Kalau nak tau lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang berkaitan mata boleh hubungi pakar mata, PROFESSOR DR MUHAYA MOHAMAD 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Aku Adalah Aku

Lepas 3 hari.. yeay... akhirnya spek aku siap.. yess macam dah tak sanggup lagi nak pakai lens ni.. masa first nak pakai memang leceh sikit.. tapi bila dah pakai... wah rasa macam betul-betul mata sendiri, rasa macam tak percaya je mata tak rabun sebab tak ada penghalang kat mata. Kan bila pakai spek kita rasa ada benda yang menyibuk lekat kat hidung kita kan tapi bila pakai lens.. lenyap begitu saja ceh hahaha

Ni antara bekas spek yang aku simpan... yang lain entah pergi mana.. bekas je ada spek nye dah buang dah sebab semua dah rosak


Spek kali ni lain sikit.. bingkai full, tak de warna, ringan & boleh dilentur-lentur... nak duduk kan pun kompom tak patah punya hahahaha (sesuai gile untuk aku yang lasaknya boleh tahan nih kihkih)
Macamana lah rupe aku bila pakai kau nanti ye :P

Wah suka.. siap dapat present lagi oke.. TQ Nice "_"

Kalau nak buat kad ahli cuma RM39.90 seumur hidup.. banyak benefit yang korang akan dapat. Antaranya ahli boleh dapat diskaun 10% untuk apa-apa pembelian, kalau nak bagi kawan-kawan pinjam kad pun boleh.. nanti diorang akan dapat diskaun 5%, service adalah percuma.

Sesiapa nak pinjam kad saya sangat dialu-alukan hehehe

Eh salah.. ni bukan spek aku.. aku try spek kawan aku je.. mak buyung Tina hehehe..

Kat bawah ni baru betul :P
.
.
.
.



~ New Me ~2011~
.
.
.
Maluuuuu :P

Konon-konon ayu hahaha


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails