MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Saturday, August 20, 2011

Hadiah Istimewa = Hamper & Duit Raya.. Nak? Jom Ikut Saya ^__^

Hallu... Nak hamper dengan duit raya?

Silalah ambil kat bawah ni ye hehehe...







BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Katira Abu Bakar.. JB Only ^___^

Assalam & Selamat Sejahtera..

Yess!!! Akhirnya aku dapat jugak minum air kathira.. sedap weh.. series.. kalau tiba bulan puasa aku memang akan cari air ni. Tapi tak nak yang jual dalam cawan yang 1 bungkus RM1 tu.. yang tu semua tak asli..kalau Katira Abu Bakar kompem asli. 

Rasa dia memang agak pekat sebab dicampur dengan susu. Ada orang memang tak suka sebab rasa dia yang agak manis & pekat tu. Tapi bagi aku air Katira Abu Bakar ni memang superb! First time aku minum air ni masa tu kat bazar Plaza Angsana, Johor Bahru. First time minum memang agak terangkat lah dengan rasa dia hehehe. Lepas tu tiap kali bulan puasa memang tak sah lah kalau tak minum air ni. Menu wajib tu :P. 

Ish tapi agak terkejut dengan harga dia yang mahal. 1 bungkus RM3.30.. peh memang agak mahal la kan..  



Sesiapa yang tak pernah minum air ni, rupa dia macam kat dalam gambar atas tue & dalam dia memang ada macam-macam isi antaranya biji selasih, halwa kabung, gula batu, cincau dll.. yang paling best air ni dicampur dengan ais krim soda.. 

Ada yang cakap asal dia dari Singapura & ada jugak sumber yang cakap dia berasal dari Pakistan. Entahlah yang aku tau ianya memang superb & awesome :P

Jom Jalan-Jalan JB untuk cari Air Katira Abu Bakar ^___P 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sedikit Lapuk!

Hye Bloggers.. Salam Berpuasa hari yang ke 20!

Cerita ini agak berlapuk.. tapi masih belum bersawang :) Actually tak berkesempatan nak buat entry tentang aktiviti ini, tak tau lah kenapa.. mungkin terlalu asyik memikirkan tentangnya.. ececeh ayat kau memang sungguh-sungguh tak boleh blah!

Hari ini serius aku nak bercerita tentang aktiviti Transformasi & Makan-Makan kami di La Grandeur Palm Resort Senai Johor (penceritaan dalam gambar). Almaklumlah Insya-Allah pada hari Isnin (22/8/11) ini kami semua akan beriftar (berbuka puasa) di sana. Wah seronoknya.. ^___^

















Ok itu saja.. Bye!
 

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Wednesday, August 17, 2011

Pomosi Mega Raya Dekat Ofis? Biar Betul Ni...

Wah semangat raya dah boleh dirasai dimana-mana. Dalam kereta, dalam rumah, dalam shopping mall.. semua nya ada suasana hari raya.. Sekarang ni kat dalam ofis aku pun dah mulai rasa suasana nak beraya. Ada yang dah mula buat jualan biskut raya, baju raya, kerongsang raya termasuklah kerepek raya (salah satu penjualnya adalah aku.. ada sesiapa yang berminat? boleh lah bitau kat aku ye ^ ___ ^ .. sempat lagi nak promote dia punya kerepek raya hikhik..

Tapi bukan sekadar orang-orang kat dalam opis je yang nak beraya.. suasana di kawasan persekitaran pun sama jugak nak beraya. Masuk pintu depan ofis penuh dengan hamper.. naik je tangga.. wah.. penuh dengan Promosi Mega Raya... sangat-sangat meriah oke.. tu belum masuk bila semua berpakat pasang lagu raya kuat-kuat lepas tu nyanyi ramai-ramai.. Alamak.. meriah gile! 

Mak... nak lemang dengan ayam rendang.. :)





Eh eh.. nak sesuatu yang istimewa? Jeng jeng jeng..





P/S : Cantek kan.. eh tapi tak termasuk dengan minah perasan kat bawah tu.. dia hanyalah nak ado.. kih kih


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Belog Sampah??????????

Salam Readers..

Aktiviti macam biasa adalah BW kat belog-belog bloggers yang lain.. wah sangat hepi.. suka sangat tengok anak-anak Malaysia yang sangat-sangat kreatif dalam menghasilkan belog-belog yang cantik juga penulisan yang amat-amat best.. banyak ilmu yang kita boleh dapat dengan selalunya BW kat belog kawan-kawan..

Lepas tinggalkan jejak juga follow memfollow aku sekodeng plak belog aku kut-kut ada jejak yang ditinggalkan oleh kawan-kawan, komen atau pun ada yang sudi nak memfollow belog aku yang tak seberapa nih.

Ish sangat-sangat tak sangka bila tiba-tiba aku tengok kat ruangan shoutbox aku ada orang tinggalkan jejak macam ni.. 

 Sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas..

Aku tak tau lah kata-kata yang dia tulis tu memang untuk aku ataupun sekadar tulisan yang tak memberi apa-apa makna. Tapi setahu aku, kalau kita tulis sesuatu pada shoutbox sesiapa juga, tu bermakna kita tulis untuk empunya belog tu.. Betul tak?

Emm tak pelah.. abaikan jelah dia.. mungkin dia takde niat apa-apa kot masa tulis macam tu..

Selamat Berbuka..


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Eh Ni Rusuhan Ke Hape Nih?

Keadaan masa berlakunya kes tentang pemandu teksi tak nak guna kupon untuk cas pada penumpang. Masa ni aku OTW kat situ. Memang ramai gila orang yang kerumun. Ada yang ambil gambar, rekod.. ish ish.. tengok makcik tu siap berenti kat tepi jalan lagi semata-mata nak tengok..

Aku cuma curi-curi ambil gambar masa kat dalam kereta je... sempat lagik hehehe.. 




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, August 15, 2011

Kawen-Kawen.. Jadi Solo Susah Dah Berpunya Juga Susah!

Di suatu malam yang hening, sedang aku sibuk berFB.. tiba-tiba aku ternampak rakan-rakan yang sekelas dengan aku masa sekolah dulu sedang sibuk berchatting-chatting. Aku dengan rasa kurang malu terus sibuk nak menyampuk.. almaklumlah time tu takde seorang pun yang sudi nak berchatting dengan aku... (terasa ayat sangat menyedihkan..)

Dengan rasa yang agak kurang malu.. aku tiba-tiba menyampuk kan diri..

Ketika itu aku sedang sibuk mentag nama kawan-kawan aku... hungga hungga hungga..

Aku - Ajis, Sam, Arip, Mirul, Ai ngan Ain.. bila kita nak buka puasa sama-sama? Engkorang semua sekarang sombong.. semua tak nak jumpa aku :( .. (taktik menggunakan ayat yang agak mengharukan)

Mereka - Eh Lieza.. tadi aku dengan Sam baru lepas cerita pasal kau

Aku - Weh nape dalam ramai-ramai korang cerita pasal aku ni? Mengumpat eh?

Mereka - Eh mana ada lah..

Aku - Yolah tu.. dah tu korang cerita pasal apa?

Mereka - Kitorang cerita bila kau nak kawin?

Aku - Peh macam takde cerita lain je yang korang nak berbual kan.. (hampeh punya kawan... grr)

P/S : Takpelah sekurang-kurangnya korang ingat jugak kat aku walaupun topik perbualan korang yang sangat-sangat hangat time tu ialah... Bila Leezack Nak Kawen??? OH NO!!!! Topik yang sangat-sangat tak boleh blah... ^ ____ ^


 Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Ada Masalah Ke Kalau Asik Wat Entry Pasal Makan?

Pernah di suatu hari, salah seorang rakan asik tanya je kat aku bila aku nak hapdated belog. Wah tak sangka followers baru je ada 150 orang tapi dalam diam aku punya silent readers, hahaha riak ke hape kau Leezacks.. Eh jangan salah faham, aku buat belog bukan nak jadi femes ataupun nak orang kenal sangat.. (bukan sama je ke makna dua-dua tu? :P) tapi lebih kepada aku suka menulis.. membebel.. dan segala-galanya yang aku suka buat.. grrr

Dulu masa zaman muda-muda aka zaman sekolah-sekolah.. hingus masih meleleh lagi :O aku suka tulis cerpen.. pernah jugak nak buat novel tapi tak siap...sampai sekarang masih ada dalam simpanan aku cuma idea untuk menulis tu dah kering kontang.. almaklumlah sejak-sejak dah bekerja dan meningkat dewasa ni macam dah takde masa je nak menulis cerpen atau novel.. yang aku sempat cuma membebel kat belog ni je ha P

Eh ape aku merepek daa.. berbalik kepada soalan kawan aku pasal bila nak hapdated belog tu ye... 

Kawan - Lieza, bila kau nak hapdated belog?

Aku -  Eleh kalau aku hapdated pun bukan nya kau nak baca.. (kunun-kunun je :P)

Kawan - Eh apa pulak.. aku baca lah.. aku suka baca penulisan kawan-kawan aku (Almaklumlah cita-cita dia ni nak jadi pengarah filem terkenal macam Aziz M Osman hehehe)

Aku - Ok ok jap lagi aku hapdated ko komen yek (hati berbunga-bunga... ececeh)

Kawan - Ok...

Beberapa minit selepas aku menulis..

Aku - Wei aku dah hapdated... bacalah.. ok tak...

Kawan - Ok.. 

Tak lama lepas tu..

Kawan - Aku dah baca dah belog ko..

Aku - Eh amacam, ok tak? (gluppp...)

Kawan - Ko ni tiap kali hapdated mesti nak cerita pasal makan..

Aku - La.. kenapa pulak.. dah aktiviti aku dengan kawan-kawan memang banyak pergi makan.. (sob..sob) 

Kawan - Ala.. cerita la pasal lain pulak

Aku - Ko nak aku cerita pasal apa?

Kawan - Cerita la pasal BF ko ke.. ko dating kat mana ke.. best sikit aku nak baca..

Aku - Ups.... (ceh... tu pun jadi isu ke... sadis sadis.. ) 



BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sambut Besday Ramai-Ramai Serentak.. Bes Weh!

Assalam.. aku ni memang suka sangat celebrate besday kawan-kawan. Tu pasal kawan-kawan pun semua suka nak celebrate besday aku :P.. Takpe lah janji masing-masing suka sama suka kan.. upss.. hik hik

Kali ni aku dengan kawan-kawan opis buat celebrate besday kawan-kawan opis aka kawan-kawan 1 department beramai-beramai.. takdelah ramai mana pun.. 4 orang je.. tapi tu kira ramai jugak lah kan hehehe.

Apelagi.. meh meh kita tengok gambar... oleh kerana sekarang di bulan puasa.. so anda semua di ingatkan supaya tidak membiarkan air liur anda meleleh ke bawah... ^ ___ P

 Eh nak ado letak gambar sendiri... toink toink..

 Eh ini bukan kuih karipap tau.. ini nama dia chicken dumpling.. peh memang terbaek!









 1) Besday Gurl.. Sista Kina n Sis Are-G

   2) Besday Gurl.. Sista Diana n Sis Zeera



Erk.. Kenyang... Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails