MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Sunday, July 31, 2011

Kisah Si Kecil Aina - KFC

Wajah-wajah ketika dapat KFC, setelah sekian lamanya mintak kat Aunty Lieza dia yang bertuah ni hehehehe

Suka amik gambar tak nak tengok camera tau ^ __ ^

 Ini jeli Aina

Sedap nye nyum nyum

Seronok betul dia makan

  




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, July 26, 2011

Kisah Si Kecil Aina - Laptop

Mama.. Aina nak Laptop.. Aina nak main Facebook.. Aina nak amik gamba banyak-banyak lepas tu nak letak gamba kat Facebook.. Nanti semua orang boleh tengok gambar Aina..

Mama.. Aina nak Laptop.. Aina nak chatting dengan Aunty Lieza, Aunty Uda, Aunty Nor dengan Acu..

Mama.. Aina nak Laptop.. Aina nak tengok Upin dengan Ipin..

Mama, Papa.. Aina nak Laptop ^ __ ^ 

Mama dengan Papa tak nak belikan Aina Laptop..

Takpe.. Aina mintak Aunty Uda belikan.. 

~ Sila baca dengan bertatabahasa juga bersleng budak yang berusia 3 tahun oke! 

Ha ni gamba masa Aina baru 2 tahun.. tiap-tiap hari mintak mama dengan papa dia laptop sebab nak tengok Upin Ipin.. Almaklumlah time ni tak tau lagi FB tu ape :P

 Hambeh Kau.. Bulat Bijik Mata Mengadap Upin Ipin

  Kan Kan Kan ^ O

Yeay... Aunty Uda belikan Aina Laptop sempena besday Aina 18.7.2011 hari tu.. Tercapai jugak hasrat si kecil ni nak Laptop.. Lepas ni boleh masukkan gamba Aina dengan Ammar banyak-banyak ye :P

 Wah Cantiknye Laptop Aina.. Aunty Nak Pinjam Boleh?

 Berkilat-Kilat Lagik

 Amboi Lajunya Taip :P

 Fokusnye Cik Kak.. Tengah Buat Kertas Kerja Ke.. Uhuk 

 Cantik Tak Laptop Kakak?
(Kata Aina kepada Adiknya Ammar :P)

 

BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, July 25, 2011

Kembali Ke Rahmatullah

Siang tadi baru apply cuti nak melawat atuk sedara yang sakit. Tiba-tiba lebih kurang dalam pukul 8.30 malam tadi dapat berita yang atuk sedara dah pun kembali ke Rahmatullah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah :( 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, July 24, 2011

Gila Cooll..

Sejak akhir-akhir ni selalu je rasa panas.. membahang & juga menghangit :P.. Oh besar kemungkinan sebab musim durian la kot. Eh ada kena mengena ke dengan apa yang aku nak tulis ni :P.. Memang ada tapi tak de kene mengena dengan aku langsung sebab aku tak makan durian. Cerita pasal durian. Ada ke orang bagi hantaran Raja Buah tu ye? Buah Durian... Hahaha tak boleh blah kalau baru je OTW nak gi rumah pasangan sambil pegang dulang hantaran isi Buah Durian tetibe buah tu jatuh ke bawah :P

So aku nak sesuatu yang cool.. boleh? 

 Comel kan penutup Cool Blog dah lain

 Honeymoon Eh Bukan.. Honeydew Pilihan Hati & Jiwa :P

 Tetiba semua nak Ijo  kan :P
(Ijo = Hijau.. Alihbahasa sendiri ^ __ ^ ) 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, July 22, 2011

Wah Tahun 2011 Ramai Betul Kawan-Kawan Yang Keluarkan Junior :P

Series gile eksited bila kawan-kawan kat opis.. kawan-kawan masa sekolah dulu ramai yang melahirkan junior aka wira & wirawati mereka. 

Tahniah lah kat korang semua. Lepas ni dah tak boleh naughty-naughty tau sebab dah jadi umie, mak, ibu, mami, mama, ayah, abah, babah, papa, puppy.. eh :P
  


 Oh ini baby no 2 mereka.. kali ni dapat baby girl.. 
Sweet kan :P


Encem Naufal :) 


 Wah Hero Malaya Nih :P



 Alahai Kiut Miut Je Kan ^ _ ^

 P/S : Ramai lagi kawan-kawan aku yang dah berjaya mengeluarkan junior-junior mereka.. tapi kalau nak letak semua kompem sampai esok pun tak abis :P

~ Buat Tiena, Shima, Ieya n Azie.. Sorry amik gambar korang kat FB & masukkan kat belog.. eksited dapat ramai anak sedara hehehe.. raya ni jangan lupe bagi mintak aunty duit raya tau :P (Eh tu pun kalau ada wit lebih lah hehehe)


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, July 21, 2011

Err.. Tolong Bagi Saya Air Yang Mampu Menyejukkan Badan.. Tapi Tak Nak Letak Ais Tau :P

Hallu u'olsss.. ada nada gediks teramat di situ ~ _ ~

1 2 3 4... Makcik.. saya nak air yang sejukkk tapi tak mo aissss!!! Hehehe sebenarnya aku nak share entry pasal kebaikan air barli. Masa mula-mula aku pelik tengok kawan-kawan opismate aku.. takde air lain ke yang diorang nak order.. hari-hari barli.. barli hari-hari :P

Masa mula-mula nak menjinakkan diri dengan air ni aku saje mengetest mintak sikit kat kawan-kawan aku. Masa first time rasa.. erk.. kenapa rasa dia teramat pelik... 

Tapi entah kenapa bila hari esok-esok dan esoknya lancar je mulut aku ni mengoder. Bila sekali dua dah minum.. eh jadi tiap-tiap hari pulak nak minum.. Lagi pulak bila aku dapat tau yang air barli ni bagus untuk kesihatan luaran & juga dalaman

Ni lah dia rupa bijirin barli

 ~ Barli Ais~
Time ni lah aku mula-mula menjinak-jinak kan diri aku dengan air ni.. 
ternyata serasi hingga kini.. ececeh.. ^ _6  
 Nak Tau? Sekodeng Kat Sini :P 

 ~ Barli Suam ~

Antara khasiat barli ialah :
~ Menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

~ Membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

~ Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

~ Jika selalu diamalkan, dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.

Kalau nak tau lagi sila lah Jengah Kat Sini

P/S : Agak-agak boleh kuruskan badan tak? :P


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, July 14, 2011

Syhh Jangan Beritahu Saya Datang Tau!!!!

Dalam dunia blogger.. adat singgah menyinggah, follow memfollow memang perkara biasa. Kadang-kadang bila ada masa terluang kat opis aku curi-curi bukak intenet sekodeng blog-blog orang lain.. Eh eh.. curi-curi tu tak bermakna masa time kerja, kang orang cakap aku makan gaji buta tuli pulak.. aduyaai.. fitnah semata nih.. 

Maksud aku curi-curi dalam bahasa melayu asli (bahasa melayu ciptaan aku :P) sebelum pukul 9 a.m time opis hour. Kalau mood aku terajin nak masuk opis cepat, so sementara nak tunggu kul 9 a.m tu, aku bukak lah SINI.. gi sekodeng stori mori yang best-best & blog-blog yang cantek-cantek banget. Cakap je nak cerita pasal apa semua ada kat situ. Macam-macam ada!!!! ^ __ ^

Kalau tidak pun, bila dah naik lunch.. disebab kan start bekerja kul 2 p.m so aku gunakan betul-betul waktu lunch tu. Makan cepat-cepat pastu terus masuk opis gi sekodeng blog kawan-kawan.. Oh sangat-sangat punctual :P. Selagi jam tak tepat kul 9 a.m & 2 p.m selagi tu lah aku meneruskan aktiviti menyekodeng.. Walaupun begitu aku tinggalkan jejak tauuu... Baik hati tak aku hehehehe.. Almaklumlah penyekodeng berhemah ^__ )


Eh tapi kan kadang-kadang tu bila aku masuk opis mesti aku tengok ada jugak orang yang tengah sekodeng blog aku.. Wah aku ada silent reader... Walaupun tak femes macam orang-orang lain tapi kalau ada seorang dua yang jadi silent reader tu pun dah kira oklah tu hahahaha (kata-kata penuh kesian)

Kepada semua yang sudi menjadi silent reader aku selama ini.. Oh terima kasih.. Aku sangat-sangat berbesar hati & berbangga.. eh kata-kata kau penuh eksyen kan < ___ > .. Ala tapi tak besh lah kalau sekadar datang ke sini hanya untuk menjadi seorang yang penyenyap.. membaca tanpa mengeluarkan sebarang bunyi & tidak meninggalkan sebarang jejak. 


Oh kepada kesemua silent reader yang ku sayangi.. ececeh.. sila lah tinggalkan jejak kepada saya oke. Sekurang-kurangnya saya kenal anda & nak melawat anda balik.. Tak mo baca senyap-senyap je tau... Boboy tak sukeee!!! eh tetibe :P.. Ok bye Selamat Berkenalan 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, July 11, 2011

Sambutan Ulang Tahun Incik Boss

Hari Jumaat yang lepas ofis aku buat sambutan ulang tahun Incik Boss. Actually besday dia sebenarnya 9hb 7, memandangkan 9hb tu jatuh pada hari Sabtu yang sememangnya hari cuti so kitorang pun buat majlis tu pada Hari Jumaat, selepas Sembahyang Jumaat. Nak buat Hari Isnin takut pulak ramai staff yang puasa. Tau-tau jelah puasa pun semakin hampir so ramailah yang sibuk nak ganti puasa last minit.

Department aku ditugaskan jadi AJK Makanan.. Aku pun tak sure sebenarnya apa yang kitorang kena buat, yang aku tau aku cuma tolong susun-susun je makanan tu kemudian nak bergamba, tu yang paling utama :)

 
 Menu 1 - Nasi Ambeng 
Terbaek Wok!!!! Slurpp

 Menu 2 - Air Kotak & Pisang

 Tengok-tengok ada pisang kembar.. Sorry Pn Diana dah nampak dulu so dia yang punya..
Harap-harap Aisyah dapat adik kembar pulak lepas nie.. ^P

 Wah cantik!!!! Suke suke ^ __ ^

 Eh eh wat-wat rajin lah pulak kan.. ups heheheh

 Akak.. jangan amik gambar saya... Maluuu :P



 Bergabung... Acc + Admin + Operation

 Dah dah tak payah nak perasan sangat ye 
Toink toink... 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails