MAIN TEKAN-TEKAN KAT SINI OKE :p

Monday, January 30, 2012

Biru Mata Hitamku!

Sebagai seorang perempuan tak lari kalau muka tak selalu mengadap cermin. Tengah buat kerja pun mesti nak letak cermin depan-depan muka. Walaupun tenung lama-lama kat cermin tu pun muka tetap sama jugak. Lain lah tengok sekali muka jadi Siti Nurhaliza ke.. lepas tu berubah pulak jadi Erra Fazira ke... tengok lagi sekali muka berubah jadi osbon.. tak ke naya hahaha

Paling-paling tak best bila tengok kat muka tumbuh jerawat.. peh sepuloh malam tak lena tido. Kalau agak-agak risau sangat sental je muka tu dengan berus jamban.. kompem semua bakteria mati hikhik. Sebenarnya ari ni bukan aku nak cerita macam mana cara nak bunuh jerawat-jerawat tu sume... bio jelah mereka tumbuh dengan aman hahaha

Korang pernah tak bila belek-belek muka dekat cermin korang tengok dekat area mata korang tu ada warna hitam. Eh bukan kat dalam mata tau... kalau dalam mata tu semua warna putih kompem korang berada di alam lain hehehe. Maksud aku dekat bawah mata. Macam dekat gambo bawah ni


Mata jadi lemah dan tak bermaya je kan. Kalau mata dah tak sihat macam tu macammana kita nak buat orang jatuh cintan pada kita. Kan orang kata dari mata turun ke hati... kalau nak tackle seseorang cuba kenyit-kenyit mata kat dia. Kalau tidak dia balas dengan kenyit mata balik.. dia bagi penumbuk sebijik hahaha

Antara penyebab nya ialah :

1) Selari dengan umur yang semakin meningkat
2) Sekiranya ada alahan
3) Jenis-jenis kulit
4) Letih yang amat sangat
5) Kurang nutrisi dalam badan
6) Faktor genetik
7) Pengaliran darah yang tak stabil
8) Tekanan
9) Terdedah kepada cahaya matahari
10) Penurunan berat badan yang terlalu mendadak
11) Masalah pinggang dan perut
12) Tisu lemak & cecair
13) Sinus
14) Masalah kesihatan
15) Perokok tegar

Antara cara untuk menghilangkannya :

1) Banyak kan minum air kosong

- Antara kesannya ialah dapat membuang segala toksid dalam badan. Mencuci badan dan akan berkurang lah puffyness under eyes korang tu. Cuma ingat!!!! Jangan sekali-kali amalkan minum air 1-2 jam sebelum tidur. Tak kira lah air manis ke... air suam ke.. air sejuk ke... jangan dan jangan amalkan sebab air yang korang minum tu akan berkumpul di bawah mata sebab dekat bawah mata kita ada kantung mata. So semua air-air yang korang minum tu akan berkumpul kat situ.. itu lah punca utama korang menjemput lingkaran hitam bawah tu datang dekat bawah mata korang.


2) Tea Bag

- Buat-buat lah baik dengan buat air untuk mak, ayah, suami, mertua, adik-adik & jiran tetangga. Walaupun diorang tak tau apa sebenarnya muslihat korang tapi yang penting dalam hati mereka mesti akan cakap korang rajin & sesuai untuk dijadikan menantu ^__^. Ambik tea bag yang korang dah buat air tadi, baring dan kemudian tekapkan pada mata lebih kurang 20-30 minit. Lepas tu terus pergi cuci muka


3) Timun atau Tomato

- Hiris timun atau tomato nipis-nipis tapi jangan lah nipis sangat, sedang-sedang je.. lepas tu lekapkan dekat mata. Nanti mata rasa sejuk je... best tau... macam pergi spa... eh pergi spa rasa sejuk ke hikhik... Haa lagi satu boleh elakkan pembaziran.. lepas korang tekapkan timun or tomato tadi.. korang boleh terus makan.. kan jimat tu.. sesuai untuk awet muda :P


4) Cold Eye Pads

- Oh ini yang paling-paling aku suka buat.. Lepas bangun pagi, ambil masa sekejap lebih kurang 20-30 minit untuk tepek kan cold eye pads ni dekat mata korang sebelum siap-siap untuk mulakan hari. Cold eye pads ni korang kena simpan dia kat dalam peti ais sebelum guna... Rasa sejuk je mata tu.. macam tak nak bukak pulak hihihi.. korang boleh dapatkan dekat farmasi. Sangat senang untuk dapatkan dia, harga pun murah je. Tujuan dia adalah untuk bagi kesegaran pada mata.

Dah macam alien dah hahaha

5) Eye Cream

- Kalau nak amalkan kena amalkan pemakaian setiap pagi dengan petang. Aku tak tau sangat ada brand apa dekat pasaran, sebab yang aku tau cuma garnier je. Pernah jugak aku try pakai benda ni.. rasa sejuk je.. best!


6) Computer / Laptop / TV / HP

- Tiap-tiap hari dekat opis mengadap computer.. balik rumah tengok tv pulak.. lepas tu bukak laptop pulak sebab nak hapdet belog & bergosip-gosip liar dekat FB... tengah-tengah malam pulak tutup lampu lepas tu main sms sampai tertido.. pehh kompem mata letih gile beb! So cara yang terbaik ialah letak tumbuhan hijau dekat meja anda dan pandang selama 10-15 minit. Tujuannya untuk merehatkan mata & sekaligus menyihatkan mata yang dah tak berapa nak sihat tu

7) Tidur

- Tido kena cukup.. jangan terlebih tido atau terkurang tido... parah jadinya nanti. Sangat tak elok untuk kesihatan.. ceeh pandai nasihatkan orang.. aku punye tido pun ikut suka hati aku je hikhik

8) Pemakanan

- Kurangkan makanan berempah & juga makanan pedas. Kalau tak percaya cuba tengok diri sendiri. Kalau korang memang gile makan pedas dengan gile dengan makanan berempah kompem bawah mata korang memang hitam.. Eh macam kena dengan diri sendiri je hahahaha. Tapi serius walaupun aku ni sebenarnya tak delah tahan mana pun makan pedas tapi disebab kan aku sangat gile dengan makanan pedas sampaikan aku tahan je pedas tu. Amacam terer tak aku :)

Lagi satu tips aku nak bagi.. buat semua B2B dengan sesiapa sahaja yang nak bertunang. Ada tips yang tersangat bagus untuk anda.

Jangan pakai apa-apa sahaja jenis foundation atau compact powder 3 bulan sebelum majlis besar anda. Ini sangat penting oke kerana ianya akan merosakkan kulit muka anda. Bayang kan muka korang tu tiap-tiap hari kena tepek dengan foudation yang tebalnya sebanyak 5 inci.. macamana muke korang nak bernafas. Kesian dekat liang-liang dekat muka korang tu. Then kalau cuci pun tak semestinya muke korang tu semua bersih kan.. kadang-kadang dah cuci pun tetap tertinggal jugak foundation tu sikit-sikit tanpa korang sedar. So dalam tempoh 3 bulan tu akan kembalikan kebersihan kulit muka kita hari demi hari..

Selamat Mencuba..

Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, January 24, 2012

Happy CNY.. Jom Makan Limau!

Time-time CNY macam ni semua orang berebut nak makan limau. Limau-limau jugak jangan sampai sakit perut sudahlah. Almaklumlah limau ni berasid. Kalau salah makan akan memudarat kan kesihatan jugak kan. So hari ni aku nak share sikit info makan limau dengan cara yang betul.. lebih kepada panduan sebelum makan limau..  

Eh makan limau pun ada protokol jugak ke? Apa susah.. buang kulit sumbat dalam mulut terus telan je lah.. kan senang :)

Bagi yang nak ikut, boleh lah ikut.. bagi yang tak nak ikut tu... eh lantak korang lah!

~Rendam limau semalaman ATAU cuci kulit limau sebersih-bersihnya sebelum mengupasnya

~Basuh tangan dengan sabun selepas mengupas kulit limau & sebelum memakannya

~Membaca doa bagi menghindarkan kemudaratan sepanjang hari & membaca doa sebelum makan


Pesanan / panduan ini sangat berguna kerana ianya boleh menghindarkan diri kita daripada terkena penyakit Tonsil

Jika kita amalkan sungguh-sungguh, ianya sangat-sangat berkesan kerana apabila kita rendam atau basuh buah tersebut, khasiatnya adalah antidot atau penawar yang ada pada kulit luar buah tersebut akan menyerap masuk dan menawarkan segala 'racun' pada buah tersebut

Masa yang paling sesuai untuk kita makan buah-buahan masam seperti limau ini adalah dalam waktu ASAR (4.30ptg-6.30ptg) sahaja kerana pada waktu ini enzim-enzim yang bekerja untuk menghadamkan makanan yang bersifat asidik. Antara faedahnya ialah kita akan dapat sepenuhnya vitamin C dari limau itu mencantikkan kulit

Tidak digalakkan makan limau di waktu pagi kerana akan memanaskan darah. Nanti cepat mengantuk kerana otak kita akan kekurangan oksigen. Jika kita rasa dah terlebih makan limau, maka disyorkan kita makan sedikit garam bagi meneutralkan kesan asidik dalam darah kita kerana garam itu bersifat alkali

Limau yang abah dapat... sampai hari ni tak abis-abis lagi ^_-6

Selamat mencuba..

Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sambungan Entry Yang Lalu

Percaya tak aku kalau demam boleh jadi seorang yang kurus kering? Eh tak percaya? Tak usah percaya sebab badan aku memang akan jadi susut sikit tapi takdelah sampai kurus kering.. melampau gile la kan :)

Aku kalau demam memang serius tak selera makan.. tu yang rasa badan macam ringan sikit walaupun tetap tak akan melayang bila kena tiup angin ^__^

Ha lagi satu... disebabkan aku ni kalau time demam memang tak selera makan, bila demam dah nak kebah time tu lah aku mengidam yang bukan-bukan. Kalah orang mengandung hahaha.. sebenarnya lebih kepada seronok nak susahkan orang kihkih... ishh tak lah bukan aku buat-buat tau tu adalah kenyataan nya. Memang adat aku kalau sakit macam tu nak buat macam manalah lagi kan.

Pernah dulu masa kecik-kecik aku kena demam kat kampung. Time tu lah tekak aku gatal nak makan buah. Tengah-tengah malam buta pulak tu.. gile risau makcik pakcik dengan mak aku masa tu.. mana nak carik buah tengah-tengah malam macam tu kan... issh rasa betul-betul menyusahkan..

Masa yang aku demam baru-baru ni tekak pulak gatal nak makan taufu fa la... mee hun sup lah.. ish ish.. ade-ade je aku ni kan... Apa pun terima kasih sangat-sangat dekat mak yang terpaksa jugak ikutkan cerewet aku ni... yang sudi jaga aku dari kecik sampai besa... yang sudi bangun malam-malam bila dengar aku muntah-muntah... terima kasih mak.. SAYANG MAK KETAT-KETAT!



Terima Kasih Mak! Muaaah!!!!

Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, January 23, 2012

Ada Masa Sihat Ada Masa Sakit... Itu Perkara Biasa

Maaflah sebab dah lama tak hapdated belog. Baru-baru ni aku diserang demam. Demam tu normal.. selalunya dalam satu rumah kalau dah sorang demam gerenti akan berjangkit pada ahli keluarga yang lain. Betapa kuatnya pertalian darah dalam sebuah keluarga. Kalau tak berjangkit pada ahli keluarga pun, kadang-kadang kawan se-opis, kalau tidak pun faktor cuaca atau persekitaran.

Ari tu masa nak bawak adik aku pergi amik ubat dekat Hospital Sultanah Aminah JB, tetiba ada sorang brader ni datang dekat kitorang. Time tu baru je nak lock kereta.

Brader : Makcik tolong saya makcik. Saya nak mintak derma ikhlas sebab saya kena rompak

Kitorang masa ni dah terpinga-pinga. Bio betul brader ni

Mak : Kena rompak?

Brader : Betul makcik, saya kena rompak semalam. Malam tadi saya tidur dalam surau dekat hospital ni. Habis semua beg duit dengan HP saya kena ambik

Aku : Awak ni orang mana?

Brader : Saya orang Negeri 9. Ni saya nak mintak tolong makcik dengan akak derma ikhlas dekat saya sebab saya nak beli tiket buat balik kampung. Ni bukti laporan polis saya

Aku dengan mak aku bagi lah duit sikit dekat brader tu. Maybe betul kot dia memang kena rompak. Tapi masa tu dia ada pegang beg balik kg. Maybe perompak tu just ambik wallet dengan HP dia je kot. Then kitorang terus jalan, aku sempat lagi toleh kat brader tu, tengok masa tu dia cium duit tu & ucapkan syukur.

Dalam hati aku seronok sangat sebab dapat tolong orang. Terdetik jugak dalam hati kalau-kalau aku berada kat tempat dia macam mana agaknye ye... ish mintak dijauhkan...  

Esoknya aku pulak berjangkit demam dari adik aku. Melepek gile-gile. Last aku demam aritu 9/9/2011. Time demam tu lagi dasat. Aduhh dokte terbagi ubat yang tak sesuai dengan aku. Sabar jelah. Baru berapa minit aku makan ubat ni terus mata aku jadi bengkak. Terkejut aku. Terus mintak cuti then pegi wat check-up dekat klinik kerajaan. 

Rupa nya memang betul aku alegik dengan ubat ni. Dokte cakap ubat yang aku dapat tu sebenarnya ubat untuk demam otot. Ciss tak guna betul lah... bahaya beb kalau tersalah makan ubat. Lagi-lagi bila dos dekat ubat tu tak sesuai dengan kita. Kadang-kadang boleh bawak mati tau.. Ish mintak dijauhkan


Sebenarnya macam banyak lagi yang aku nak story. Tapi memandangkan hari ni aku penat & kebantutan idea so aku nak stop dulu. Lain kali aku sambung cerita oke ye..

Ok Bye!




BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, January 13, 2012

Sekali Berombak Lain Pulak Jadinya...

Aktiviti malam ni seperti malam-malam sebelumnya... berjalan, sekodeng-sekodeng, buang masa sikit... eh buang masanya bukan sikit tapi baaanyak sangat-sangat.. Walaupun setakat berjalan kat alam maya tapi terasa sangat-sangat penat.. penat mata sampaikan mata aku yang rabun ni makin bertambah-tambah pulak tahap kerabunannya.

Sejak-sejak bermud b2b ni selalu betul on9.. kat umah on9 sampaikan kat opis pun dok on9 jugak.. upss ^__^  Tq to all bloggers yang banyak bagi idea pada b2b macam aku yang masih lagi tercari-cari.. cari apa pun aku tak tau hahaha... korang semua memang sempoi wokeh!

Sedang berjalan-jalan tetiba aku terjumpe dengan video nih. Aku rasa macam best jugak dia nyanyi sebab tu aku saja nak post dekat belog aku ni haa. Macam lagi feeling daripada Hafiz dengan Adira kot :P

Harris Alif (Idola Kecil 3)

Hafiz (AF7) & Adira (AF8)

Aku dah tengok cite ni!!!! wah suka walaupun pendam perasaan je dalam hati tak dapat tengok kat wayang. Baru kunun-kunun bila part sedih tu nak nangis kat bahu incik tunang.. wah gitu hahaha.. Niat terpesong tu sebab tak dapat tengok sama-sama dia kot hahaha..

Actually memang dah banyak kali jugak planning nak tengok sama-sama tapi memandangkan masa dan time cite tu yang tak mengizinkan so aku mengizinkan jelah diri aku dok mengadap lappy tengok kat dalam bilik sorang-sorang. At least kalau aku tak dapat kawal emosi aku buang je air hingus kat merata tempat, so takde lah orang yang nak nampak kan betul tak.. ciss gile selekeh :P

Komen aku pada cerita ni... (ada hati lagi tu nak bagi kumen kan :P)

1) Kalau wat muvie berdasarkan pada novel bagi aku mesej dia macam tak sampai. Almaklumlah novel panjang berjela tapi muvie cuma lebih kurang 2 jam... better buat dalam bentuk drama lagi ok kot = pendapat aku berdasarkan novel dia yang gile best sebab aku dah pernah baca.. touching beb!)

Sumber : Pakcik Gugel

2) Lisa Surihani pegang watak gedik & seksi-seksi macam tu aku tengok macam tak kena lah beb... series aku cakap ni beb.. korang setuju tak?

                                                                 Sumber : Pakcik Gugel

3) Aaron Aziz ok jugak lah.. die memang sesuai kalau pegang watak-watak macam tu..

4) Maya Karin oh dia sangat cantik pakai tudung (komen aku ni tak de kene mengena langsung pun sebenarnya kan ^_P)

Eh kenapa dalam banyak-banyak gambar, gambar ni jugak yang kau nak letak...
budak-budak under 18 tidak dibenarkan tengok ye.. 
pi jauh-jauh!
Sumber : Pakcik Gugel
"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah"
Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Thursday, January 12, 2012

Selongkar Nama Di Sebalik Sim Card

Sila klik gamba untuk lebih jelas


Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Tuesday, January 10, 2012

Aku Ado.. Kau Adoo?

Jiwa & perasaan seorang blogger

1) Aku banyak menda nak tulis tapi aku tak tau nak tulis macam mana... Kalau merepek & panjang sangat.. ada ke orang yang nak baca? 

2) Nak letak gamba je tapi tak nak tulis apa-apa? Eh kau ingat ni buku bergamba untuk budak-budak kecik yang tak tau baca ke?

3) Nak cerita pasal.. Diri sendiri? Family? Kawan-kawan? Isu semasa? Percintaan yang sangat jiwang-jiwang? Makanan? Eh suka hati aku lah!!!

4) Nak BACA & FOLLOW? Mestilah boleh... I loike beb!!!!... kan memang belog ni untuk dibaca... tapi kan.. kalau dah baca tu baca jelah... boleh tak jangan nak kecoh-kecoh sampai satu dunia tau... wa bingit jugak lah kan kadang-kadang... Adeh!!!

5) Sebenarnya tak semua apa yang ditulis dalam belog ni meliputi semua hal.. masih ada perkara-perkara penting yang wajib disimpan.. eh beb tak kan cerita dalam kain pun nak publish kat dalam belog kan... agak-agak lah!

6) Memang seronok sebab kita tau kita ada followers & silent reader. Tapi kenapa ye.. pergi mana-mana... buat apa-apa.. akan ada suara-suara sumbang.. Maksud aku orang yang suka nak bertanya dengan cara nak memerli.. Nak updated dekat belog la tu! Eleh sikit-sikit belog... belog belog belog.. bukan best sangat pun belog kau tu. 

7) Eh eh.. kan mak dah cakap tadi tak semua bende mak nak hapdet & nak story dekat belog!!! Kau tak nak baca dah lah tak payah nak sound-sound sangat lah! Adeehhh tolonglah fahami sikit jiwa & perasaan blogger macam aku nih!!!  

Oklah Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Monday, January 9, 2012

AJL Punye Pasal..

Angah esok artis-artis AJL nak turun Angsana.. pegi jom... Esok? Emm ari Ahad eh.. emm jap aku fikir dulu... boleh boleh sebab aku takde dating hihihi..

Ceh adik aku ni seboleh-boleh ajak aku pegi Angsana sebab nak tengok artis-artis yang datang sempena Road Tour AJL. Dahlah Faizal Tahir tak de... kalau dia ada semangat membara lah sikit aku nak pergi tengok ^__^. Boleh aku bawak banner sekali wat support.. jadi pom-pom girl ke.. ciss ko ingat pertandingan bintang realiti nak bawak banner.. jadi pom-pom girl bagai? :P

Walaupun FT takde tapi artis-artis yang datang not bad lah jugak. Yang paling aku nak tengok antara ramai-ramai tu cuma 3 suara je.. Shila, Ning dengan Jac.. yang lain tu ok2 jelah kot huhuhuhu

Antara yang datang Projek Pistol, 3 Suara, Hafiz AF7, Alyah, Cheryl, FBI, Hazama... yang lain entah aku pun tak amik port sangat.

Aku tolong jadi kameraman untuk adik aku je lah time ni huhuhu..




Manusia punya lah ramai... migrain aku tengok.. nak jalan pun susah.. tepi sikit lah weh!



Aku memang tak kuasa nak bersesak-sesak dengan orang ramai macam ni... aku merayap kat atas dok window shopping dengan adik aku. Jalan punya jalan jumpa 1 barang yang hargenya berpatutan. Boleh guna untuk majlis nanti... yippi.. Alhamdulilah 1 barang setel hik hik.. 

Nak tau barang apa? Eh mana boleh... kena tunggu dulu... ^___^

Oklah Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Bulu..

Saya ada berkenalan dengan seorang awek ni melalui telefon.. tak pernah jumpa.. berhubung hanya melalui telefon & mesej je.. Satu hari kitorang keluar dating... Dalam pada tengah drive sempat lagi saya sekodeng kat awek tu. Muka boleh tahan... badan solid... Dalam hati saya dah rasa berbunga..

Tetiba dia cakap dengan saya nak ikat rambut...  Saya cakap oklah.. then saya berhentikan kereta dekat tepi jalan. Bergoyang-goyang kereta masa dia tengah ikat rambut dia tu. Tetiba saya tergerak hati nak toleh tengok dia ikat rambut.

Semasa saya menoleh.. mata saya terpandang sesuatu... Mak Aii!!!!! Apa tu???? 

Dalam hati saya mengucap panjang. Masya Allah bulu ketiak rupenya... Almaklumlah perempuan zaman sekarang ni suka sangat pakai baju yang lengan terbukak-bukak ni. Esoknye awek tu mesej-mesej saya, saya buat donno je. Mesti dia tertanya-tanya kenapa saya terus tak nak layan dia. Malas saya nak layan awek kempro macam tu. (Kempro maknaya selekeh)

Tepuk dada tanya lah selera ^___^

**Sebenarnya aku dengar cerita ni dari caller HOTFM pagi tadi.. Nak pecah-pecah perut aku dengar cerita dari mamat tu. Ditambah-tambah pulak gelak dari Fafau. Memang lawak sungguh jadinya. Oleh sebab teringat-ingat cerita tu ni yang aku terjemahkan dari bentuk tulisan ni. Harap-harap lawak tu sampailah ye.. Kalau tak sampai jangan mare pulak hikhik

Ok Bye! 


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Sunday, January 8, 2012

Feeling Makan Kat Lua Dah Sama Dengan Kat Rumah.. Ada Bran?

Hye Peeps.. Sunday Blues :P

Mud hari ni nak tulis entry pasal makan. Tak habis-habis dengan makan. Eh dekat Malaysia ni kan kaya dengan makanan so apa salahnya kalau aku salah seorang penggemar makanan ni berkongsi tempat-tempat makan yang best kat u olls kan ^__^

Sejak akhir-akhir ni budak-budak satu department aku dah gila dengan 1 tempat makan ni. 

Menu :

Nasi Ayam Penyet
Lele Penyet (Lele tu kalau sesapa yang tak tau ialah Ikan Keli)

Setahu aku asal-usul ayam penyet ni adalah dari Surabaya, Jawa Timur Indonesia. Lepas tu mula terkenal di Singapura, Malaysia & Brunei. Kat JB ni je terdapat banyak gila restoren yang jual menu penyet ni. Selain ayam penyet, ada lele penyet (ikan keli), burung penyet, udang penyet (tu jelah yang aku tau wat masa ni hikhik)





Lepas aku cuba makan sendiri.. ok lah rasa dia sedap jugak. Antara istimewa Nasi Ayam Penyet kat restoren ni ialah :

1) Tempat makan dia duduk kat bawah tau.. ala macam kita makan kat rumah macam zaman dulu-dulu tu. Lebih selesa & santai..

2) Kalau makan ramai-ramai, ulam-ulam dia semua dia letak kat dalam raga macam contoh gamba aku kat atas tu. Lebih mengeratkan hubungan silaturrahim sebab boleh rebut-rebut hahaha

3) Ayam yang dia guna adalah ayam muda. Daging dia lebih lembut & rangup

4) Sambal dia oklah.. tak pedas sangat. Sesuai untuk semua orang

5) Siap ada dapat jelatah nenas lagi.. selalunya jelatah tu makan dengan nasi beriyani

6) Ada dapat krupuk (keropok).. krup krupppp :)

Before ni pernah jugak buat entry pasal ayam penyet yang sangat sedap. Cuba sekodeng sini 

Ok bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Friday, January 6, 2012

Sekolah Oh Sekolah

Yeay yeay dah masuk sekolah... nak beli baju baru, kasut baru, beg baru, pencil box baru, spenda baru.. eh takde kena mengena :P.. Eh eh tetibe teringat satu benda... 

Ala... aku dah tua la.. mana boleh excited lagi nak pegi sekolah... paling tak boleh blah bila umo dah tua-tua macam ni rasa macam nak masuk tadika balik... kalau nak masuk tingkatan 5 ke U ke boleh lah dipertimbangkan balik kan :)

Actually anak sedara aku, Nur Aina Faqihah yang masuk sekolah. Umo baru 4 tahun tapi beria-ria nak sekolah.. seboleh-boleh nak satu sekolah dengan kakak Mia Sara ala yang pelakon cite Papa I Love U tu.. tapi memandangkan sekolah tu jauh so akak dengan abang ipar aku hantar Aina kat sekolah Smart Reader Kids.. oh nak ajak speaking dengan aunty ye hikhik..

 Ammar, Mama & Aina

Kakak, Papa & Adik

Hai nama saya Nur Aina Faqihah.. Saya student kat sekolah Smart Reader Kids :P

Ini pulak kasut saya waktu pergi kelas 
^__^

Haa semua ni lecturer saya dah sediakan.. student-student yang 1 batch dengan saya pun semua dapat macam ni jugak... sukanya saya :)

Doakan saya jadi anak yang pintar ye kawan-kawan
Peace!

Ha ni gamba masa aku tadika... time ni hari untuk amik sijil kat sekolah..
Macam sedih pulak aku tengok keadaan aku time tadika ni... 
Betul-betul tak sama & tak secanggih dengan budak-budak tadika zaman sekarang...

Mak... Angah nak masuk Smart Reader Kids jugak... uwaa!!!! 

Hahaha.. memang tak boleh blah kan bila tengok perbezaan antara time aku tadika zaman dolu-dolu dengan Aina kat zaman sekarang.. jauh betul bezanya ish ish.. Eh kalau korang terer cuba lah cari aku yang mana hahahaha!

Ok Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

Makan-Makan Sempena Tahun Baru

Seronok sangat kalau sekali-sekala satu keluarga berkumpul bersama. Lagi-lagi pulak kalau family dah jadi very-very big family... memang best... sekali berkumpul hambek kau riuhnya macam ape.. boleh pecah gegendang telinga jiran-jiran sebelah rumah..

Tapi oke pe rumah memekak dengan suara budak-budak kecik daripada bukak radio kuat nak mam... sakit kan telinga orang je.. rumah aku pun ada radio jugak lah woi! Eh teremosi lak tetibe kan hikhik..

Baru-baru ni abang ipar aku dengan rasa baik hatinya mengofferkan diri untuk belanje kami sekeluarga makan dekat luar... wah suka-suka... dapat bonus ye... Boss aku ni ntah bila pulak lah nak bagi aku bonus kan... huhuhuhu

Tempat makan yang kitorang pergi ni tak delah jauh sangat dengan rumah aku. Kat Wakaf Singgora je. Kalau jalan kaki 10 minit je dah sampai... hehehe nampak sangat menipu kui kui  :)

Wakaf Singgora
(Penduduk tempatan panggil restoren ni Restoren Gelas Besar)
nak tau kenapa? 
sebab ada air yang dijual dalam gelas yang besar.. kalau nak tau berapa besar gelas tu jom datang ^__^)






Ni menu aku untuk hari tu...
Ceh nak kurus kunun.. makan nasi kerabu bagai :P




Ala kenapa gambar yang ada muke aku pulak yang jadi blur...
Aisshhh...

Oklah Bye!


BACA JE? BAGI LAH KOMEN SIKIT ♥

JANGAN TENGOK JE..KLIK LAH SEKALI :p

Related Posts with Thumbnails